Wednesday, June 18, 2014

Laman Sosial

salam:)

kali ni aku nak share tentang laman sosial.

sekarang ni hobi aku ialah membuat report page yang aku anggap sebagai keterlaluan. of course tentang isi kandungan page/group yang aku anggap sebagai keterlaluan.

so nonsense!! apa nak jadi pada masyarakat sekarang ni?? aku sangat risau akan persekitaran yang bagaimanakah zuriat keturunan aku membesar pada masa akan datang?? ohhh...

bayangkan korang, aku pernah report tentang page l*sb*an m*la*sia yang aku jumpa secara tak sengaja sebab page tu buat advertisement (ala, macam org jual barang tu). pastu jumpa page pr*ggylious (yg letak gmabar wanita pregnant dengan caption yang kalau wanita normal fikirkan sebagai tak masuk akal nak bayangkan nafsu jenis apa la dorang tu?)

selain tu aku pernah jugak report page lain yang menghina Nabi Muhammad saw. tapi kebanyakkan hasil report yang aku buat dipandang oleh laman sosial terbabit sebagai tidak melanggar standard mereka..

ooo yeay..memanglah kan, ko memang support kan kejahatan dan keruntuhan moral masyarakat???

lastly, aku mendoakan semoga masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja bermoral tetapi juga masyarakat madani yang beragama insyaallah..

selain tu, aku harap, sesape yang membaca post ni, pandai2lah korang melayari dan menggunakan laman sosial yang korang ada. dan juga jalankanlah tanggungjawab anda sebagai seorang islam/warganegara yang mengharapkan kebaikkan untuk masyarakat kita. peace yo!!

sekian sahaja ceramah aku kali ini.ehe

Wednesday, June 11, 2014

Anak Yatim


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak. Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).
Huraian Hadith:
Akibat kematian ayah atau ibu, seorang anak akan merasakan suatu kekosongan dalam hidupnya. Kosong dari curahan kasih sayang dan segala aspek yang memenuhi keperluan hidup seperti makan, minum, pakaian, dan lain-lain. Ini menyebabkan seseorang anak yatim itu selalu dihantui oleh perasaan sedih dan hampa. Realiti yang ada di tengah masyarakat sekarang menunjukkan bahawa majoriti anak yatim yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya mengharungi kehidupan yang begitu sukar, menyedihkan dan tersisih. Islam, sebagai agama yang menitikberatkan perihal kasih sayang sangat menekankan agar kita mengambil berat terhadap anak yatim sehinggakan al-Quran sendiri secara khusus banyak membicarakan masalah anak yatim ini lebih daripada perihal anak-anak yang lain secara umum. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:Rumah yang terbaik adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dihormati dan diperlakukan dengan baik. Rumah yang terburuk adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dizalimi dan diperlakukan dengan buruk. Anak yatim yang mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup daripada mereka yang menjaganya semestinya akan merasa bahagia dan aman. Namun sekiranya ia tidak mendapat apa yang seharusnya ia peroleh, hidupnya akan rosak dan hal ini menjadi lebih parah jika ia jatuh ke pangkuan orang yang tidak bertanggungjawab yang mendidiknya secara salah dan membentuknya menjadi peribadi yang merugikan masyarakat http://www.islam.gov.my/e-hadith/muliakanlah-anak-yatim

assalamualaikum.

rujuk post aku sebelum ini tentang ttc. dalam proses aku ttc ni aku ada join beberapa group fb yang disertai oleh ibu-ibu yang belum memiliki anak sendiri. ada yang yang berbelas tahun dan berpuluh tahun. selain daripada berusaha untuk mendapatkan anak darah daging sendiri, mereka juga berusaha untuk mendapatkan anak angkat.

disini, aku mulai kenal anak yatim di malaysia..
ya di malaysia. sebelum ni aku hanya nampak anak2 di syria, palestin yang dalam zon peperangan dan kebuluran. aku tak perasan akan anak2 yatim yg ada disekililing aku.

kemudian, aku terjumpa banner di taman rumah aku tentang rumah anak yatim yang berdekatan. subhanallah..patutnya aku menyantuni mereka terlebih awal sebelum aku berhabis berbelanja menghias rumah baru ku itu..astagfirullah..semoga Allah mengampuni aku insyaallah..

kini, aku dan wadud dalam proses untuk menyediakan alat tulis untuk disumbangkan kepada mereka sempena buka sekolah nanti. ada juga share dengan kawan2 sape2 yang nak join. dan ada juga yg nak join alhamdulillah..

semoga niat murni ku ini diredhai Allah..insyaAllah..

Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...