Monday, September 8, 2014

Resepi : Puding Karamel

semalam: ahad, aku tidurkan iman, pastu terlelap sekejap. bangun2 tetiba rasa macam nak makan manis2. macam mengidam pulak.ehe

aku pun solat asar dulu pastu pinjam hp suami aku. hp aku aku charge.

google punya google aku jumpa satu resepi yang paling menarik perhatian aku dari blog Azie Kitchen

tapi aku ubahsuai sikit ikut saiz hidangan dan tahap kemanisan.

resepi aku sama macam resepi puan azie tu tapi aku just hentam2 sukatan dia.

telur 5 bijik
susu cair 1/2 tin
susu pekat 1/3
esen vanila 1 1/2 sudu
1/3 cawan air masak - untuk adunan
gula putih dalam 8 sudu- untuk gula hangus
lebih kurang 3 sudu air untuk gula hangus

step satu:
1. panaskan gula putih + 3 sudu air dengan api perlahan
2. kacau perlahan2
3. bila dah perang cepat2 masukkan dlm bekas puding

p/s:
1. kena cepat masukkan dalam bekas puding sebelum gula keras. sebab kita buh air just nak cairkan dan cepatkan proses gula perang tu.
2. juga kena jaga2 spy tak hangus -masak dengan api perlahan okeh

step 2:
1. pecahkan dan pukul perlahan telur selepas semua sebati baru pegi no 2
2. masukkan semua susu
3. masukkan esen vanila
4. gaul semuanya hingga sebati
5. masukkan air masak
5. tapis bahan2 masuk dlm bekas puding yang ada gula tadi

p/s:
1. bak kata puan azie, kalau nak ada lubang2 pukul kuat sikit
2. kena tapiskan sebab mungkin ada telur kuning yang tekstur dia bergumpal

selepas itu, kukus dalam 10-15 minit. masukkan dlm peti ais bila dah sejuk.

korang juga boleh letak buah-buahan untuk hidangan samada dihidang dalam bekas puding tersebut ataupun ditekup kedalam piring.

ini hasil aku buat. untuk sukatan diatas dapat 3 bekas. oklah aku dua, suami aku 1.ehe. yang hidang dalam piring tu suami i yang terchenta punya. suami punya kena thorbaik punya hidangan okeh~ i lap u..muaha


Susun Atur Part 3: Laundry Area (Pra Kemas Selepas Pindah)

Ini pula post berkenaan laundry area aku. agak luas jugaklah. aku ingat nak buh hiasan sikit2. tapi tungggguuuuuuuu...berapa tahun lagi uhu

cuba korang tengok laundry area ni (ehsan google image)


best kan??

jadi, laundry area aku macam mana? sehebat diatas kah?? hahahahaha

ini laundry area aku. apa yg aku perlukan?

1. memudahkan simpanan dan pengambilan/penggunaan barang2 seperti penyapu, penyodok dll
2. tempat basuh baju aka "anak dara jepun"
3. tempat simpan sabun
4. tempat simpan tong2 air


kalau korang ada idea guane nak cantikkan lagi area ni, bagitahulah ye.ehe

Susun Atur Part 2: Tupperware / Tipuware

salam,

kali ni nak share susun atur bekas2 makanan samada tupperware ataupun tipuware.ehe

sebelum tu nak share tempat simpan bekas2 ni. disclaimer: i is baru pindah rumah, jadi masa pindah masuk aje dalam lemari spy tak sepah kat luar.<---boleh caya??ehe okeh, ini gambar sebelum. sila pengsan okey


aku sebenarnya dalam dilema macam mana nak kemas. aku ingat nak buat sorting macam ni:

1. Jenis bekas -tupperware/tipuware/plastik putih
2. Kemudian- sorting ikut kaler
3. Then - sorting kali ketiga ikut saiz

tapi bila mikirin akan keluasan tapak utk penempatan bekas2 ni. aku terpaksa lupakan. aku just asingkan ikut saiz sahaja. Insyaallah bila ada rezeki untuk memperluaskan penempatan bekas2 ini, bolehlah aku buat sorting seperti diatas agar ia kemas dan cun melecun.

apakah hasilnya? tadaaa~


oklah, cuma aku kena berusaha lebih sikit kalau nak guna bekas yg duk kat dalam2. berchenta kut~

Tuesday, September 2, 2014

Mencari Keberkatan Rezeki



Credit to: FB Telaga Biru/ Majalah Al Ustaz keluaran 29:

Reminder untuk kita semua.

kadang-kadang ada rasa hati nak cuti tapi tak nak guna annual leave pastu reka cerita dekat doktor nak mc. tapi syukur aku belum pernah buat yg ini sebab tak pandai nak kelentong doktor tu. mesti punyer dia dapat kesan aku tipu.ehe

jangan lupa- kalu kita duk guna telefon, dan harta company untuk tujuan peribadi pun dah mcm salah kan? ingat tak cerita umar yg tiup api pelita masa anak dia nak bincang tentang hal keluarga kerana minyak pelita tersebut adalah milik baitulmal? aku sebolehnya memang tak guna tepon opis untuk tujuan peribadi kecuali kecemasan mcm hp kena barred dll. tapi aku susah sikit nak kontrol bab masa opis ni. kadang2 bila takde keje mulalah melencong bukak itu ini, masuk lambat lps lunch dll. tapi aku pastikan keje siap la..sebab tu, aku jarang claim mana yang sikit2 tu buat tambah tolak..yelah, mana aku nak mintak halal kat semua pemegang saham tm ni boh.

itulah org kata, keje sendiri tu banyak berkatnya jika kita jaga perkara2 lain seperti status halal, urusan jual beli dll insyaallah. aku juga mengharapkan utk berjaya bebas dari makan gaji ni. selain dari nak jaga anak, mendidik anak, aku nak cari keberkatan rezeki, mencari keberkatan hidup bersama suami terchenta insyaallah.

marilah kita sama2 mencari keberkatan dalam rezeki yang kita perolehi. Insyaallah diredhai Allah.

istighfar..

Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...