Assalamualaikum
tulisan ini ditulis dengan penuh rasa kesyahduan. Palestin diserang bertubi-tubi bermula 10 Ramadhan sehingga hari ini, 12 Ramadhan.
sedih sungguh rasa hati ini. lagi pilu bila tengok kanank-kanak yang menjadi mangsa. alangkah baiknya jika semua umat islam bersatu menentang penzalim ini. bayangkan semua pemimpin negara islam bersatu menentang mereka, menghantar ketenteraan membantu umat islam. saya yakin dan pasti kita akan menang insyaallah..dengan izin allah
tapi apakan daya, pemimpin negera islam/kita lebih suka mengutuk aje tindakan keji ni. apalah nak jadi jika hanya mengutuk aje. cuba kita tengok, berapa lama org duk kutuk bos masing2, tak pernah pun bos tu berubah..uhu <----errr
Disini aku nak share,apa yang kita sebagai org awam boleh buat? ini aku ada terbaca dalam FB aku tapi aku tak sempat copy paste. aku share isi kandungan sahaja k:
1. ambil tahu tentang isu ini. jangan tak ambil tahu tentang isu ummah. kalau kita boleh kenal pemain bola, kenal jenis handbag dan macam-macam lain kenapa tidak kita ambik tahu tentang isu ummah ini???
2. sebarkan dan kongsikan isu ini dengan kawan-kawan, saudara mara dan sesiapa sahaja. gunakan medium yang ada seperti laman sosial, whatsup dan lain-lain supaya org tahu. walaubagaimanapun pastikan apa yang anda share itu adalah sahih dan bukan rekaan k.
3. bagi sumbangan. melalui siapa untuk anda bagi sumbangan? korang boleh salurkan kepada Aqsa sharif contohnya. ada juga aman palestin, syria care dan lain-lain. pastikan sumbangan anda itu disalurkan ke badan-badan yang ada kredibiliti dan amanah. insyaallah sumbangan itu sampai ke tangan mereka, saudara kita disana. bagi aku, kalau kita ada buang makanan sebab dah terlebih beli terutama masa ramadhan ni, maka kita ni sebenarnya mampu untuk bagi sumbangan, pls jgn bagi alasan k. inilah harta kita yang sebenarnya insyaallah.
4. Qunut nazilah. baca qunut nazilah ketika solat pada rakaat terakhir solat kita. tak tahu? boleh ambil dibawah. aku pun tak berapa hafal, selalu lupa2.. apa yg aku buat utk baca qunut nazilah masa solat walaupun tak hafal? aku print besar2 pastu letak kat tepi sejadah. jadi baca ajelah. inilah jugak cara aku hafal bacaan solat masa aku kecik2 dulu.
5. berdoa. doa memang wajib kita buat. doa senjata umat islam. doakan agar islam diberi kekuatan dan kemenangan. insyaallah.takbir!
pernah baca buku - mutiara 2 tok guru. dalam tu ada tulis (lebih kurang) perjuangan Islam hanya mengharapkan 2 kemenangan. 2 kemenangan itu ialah samada menang dalam perjuangan atau pun syahid bertemu Allah. subhanallah..
"siapa kita dibandingkan mereka??" semoga usaha kita yang sedikit ini dipandang oleh Allah insyaallah..
Thursday, July 10, 2014
Tuesday, July 8, 2014
Monthly Budget Planner
assalamualaikum,
Hari ini aku nak share tentang website bank negara. macam bosan je kan??? ehe.
aku sekali sekala bukaklah jugak.ehem. suka tengok alert list tu jek. kalau2 ada mana2 syarikat yang aku nak shopping "brg lain sikit" ada dlm list tu..
tapi hari ni aku terperasan sesuatu yang aku rasa aku kena share dengan korang <---ada ke yg baca blog aku ni?? ada kut sebab rating blog naik aje walaupun taklah banyak mana..hoho..poyokan??
taadaaaaa...
ini print screen muka depan website. korang cuba tengok tang bawah sekali tu. ada bahagian "our initiative". cuba klik banking info.pastu keluar page dibawah:
tengok kat usefull tools
menarik kan? korang boleh download "monthly budget planner". dia excel format. just download kemudian boleh plan budget korang. ingat, jangan ambil remeh tentang kewangan bulanan sebab dia akan bagi impak kepada kewangan tahunan anda dan seterusnya hidup anda sendiri.cuba bayangkan anda tiada saving, menghadapi keperluan perbelanjaan untuk kesihatan, pendidikan, kecemasan dan lain-lain??parah kan..
planner ini sangat bagus (bagi akulah) sebab dia details. ada bahagian zakat, tabung haji, pelaburan dan lain-lain. kalau untuk aku matematik kewangan aku ialah pendapatan-simpanan-kewajipan (hutang/mak ayah/takaful)-pelaburan=perbelanjaan. kalau nak perbelanjaan meningkat pada bulan tersebut pastikan pendapatan ada meningkat tetapi juga perlu tingkat bahagian simpanan,sumbangan, kewajipan dan pelaburan.
simpanan tu terbahagi kepada dua. 1-simpanan duit macam tabung tu dan 2-simpanan akhirat. ini kita jangan lupa.pastikan setiap kali ada portion tu. simpanan akhirat ni penting untuk kehidupan akan datang kita. ada satu hadith tu:
Diriwayatkan daripada ‘Adiy bin Hatim, bahawa dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Jagalah diri kalian dari api neraka meskipun dengan (menafkahkan) sepotong kurma.”
saranan aku, jom kita pakat download planner ni untuk rancang kewangan kita. selain daripada tu, korang cubalah godek financial calculator lain juga bermanfaat. sebelum beli rumah plan dulu kewangan anda k.
Hari ini aku nak share tentang website bank negara. macam bosan je kan??? ehe.
aku sekali sekala bukaklah jugak.ehem. suka tengok alert list tu jek. kalau2 ada mana2 syarikat yang aku nak shopping "brg lain sikit" ada dlm list tu..
tapi hari ni aku terperasan sesuatu yang aku rasa aku kena share dengan korang <---ada ke yg baca blog aku ni?? ada kut sebab rating blog naik aje walaupun taklah banyak mana..hoho..
taadaaaaa...
ini print screen muka depan website. korang cuba tengok tang bawah sekali tu. ada bahagian "our initiative". cuba klik banking info.pastu keluar page dibawah:
tengok kat usefull tools
menarik kan? korang boleh download "monthly budget planner". dia excel format. just download kemudian boleh plan budget korang. ingat, jangan ambil remeh tentang kewangan bulanan sebab dia akan bagi impak kepada kewangan tahunan anda dan seterusnya hidup anda sendiri.cuba bayangkan anda tiada saving, menghadapi keperluan perbelanjaan untuk kesihatan, pendidikan, kecemasan dan lain-lain??parah kan..
planner ini sangat bagus (bagi akulah) sebab dia details. ada bahagian zakat, tabung haji, pelaburan dan lain-lain. kalau untuk aku matematik kewangan aku ialah pendapatan-simpanan-kewajipan (hutang/mak ayah/takaful)-pelaburan=perbelanjaan. kalau nak perbelanjaan meningkat pada bulan tersebut pastikan pendapatan ada meningkat tetapi juga perlu tingkat bahagian simpanan,sumbangan, kewajipan dan pelaburan.
simpanan tu terbahagi kepada dua. 1-simpanan duit macam tabung tu dan 2-simpanan akhirat. ini kita jangan lupa.pastikan setiap kali ada portion tu. simpanan akhirat ni penting untuk kehidupan akan datang kita. ada satu hadith tu:
Diriwayatkan daripada ‘Adiy bin Hatim, bahawa dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Jagalah diri kalian dari api neraka meskipun dengan (menafkahkan) sepotong kurma.”
saranan aku, jom kita pakat download planner ni untuk rancang kewangan kita. selain daripada tu, korang cubalah godek financial calculator lain juga bermanfaat. sebelum beli rumah plan dulu kewangan anda k.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Keguguran
Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...
-
Assalamualaikum, 22hb-26hb Oct 2014 aku cuti. sebabnya 22-24hb adalah forced leave syarikat aku. jadi aku mengambil kesempatan cuti lama t...
-
assalamualaikum, Hari ini aku nak share tentang website bank negara . macam bosan je kan??? ehe. aku sekali sekala bukaklah jugak.ehem. ...
-
Assalamualaikum kalau korang baca post aku yg sebelum ni (kalaulah) , korang akan tahu yg aku berTTC. actually aku berTTC ni dah hampir 2 ...





