Rendang ayam..nyam..nyam..
Directions
1) Ayam (500g)
2) Bawang merah (10 ulas)
3) Lengkuas (2 hiris)
4) Halia (2 inci)
5) Kelapa parut (1 mangkuk)
6) Serai (2 batang)
7) Daun kunyit (1 helai)
8) Asam (1 keping)
9) Santan pekat (4 cawan)
10) Pes cili (1/2 cawan)
11) Serbuk kunyit (sedikit)
12) Garam (sedikit)
13) Gula (sedikit)
14) Minyak untuk menggoreng
2) Bawang merah (10 ulas)
3) Lengkuas (2 hiris)
4) Halia (2 inci)
5) Kelapa parut (1 mangkuk)
6) Serai (2 batang)
7) Daun kunyit (1 helai)
8) Asam (1 keping)
9) Santan pekat (4 cawan)
10) Pes cili (1/2 cawan)
11) Serbuk kunyit (sedikit)
12) Garam (sedikit)
13) Gula (sedikit)
14) Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya, gaul ayam dengan sedikit garam, dan serbuk kunyit dan perap seketika.
Panaskan minyak dan goreng ayam tadi. Goreng sebentar sahaja dan tidak perlu garing. Kemudian asingkan dan tos minyaknya.
Setelah itu, kisar hingga lumat halia, lengkuas, bawang merah yang dipotong kasar dan serbuk kunyit bersama sedikit air.
Kemudian, tumbuk kelapa parut hingga hancur sedikit.
Selepas itu, masukkan santan ke dalam periuk, diikuti dengan bahan-bahan yang dikisar tadi, serai, asam keping, pes cili, daun kunyit yang dicarik-carikkan dan kelapa parut yang ditumbuk tadi.
Kacau hingga sebati dan panaskan kuali. Biarkan mendidih dan kacau sekali-sekala supaya santan tidak berketul.
Kemudian, masukkan ayam, gula, dan garam. Kacau lagi hingga sebati.
Biarkan mendidih dan kacau sekali-sekala hingga kuah kering dan pecah minyak. Proses ini mengambil masa yang agak lama. Jadi bolehlah lakukan kerja-kerja yang lain sementara menunggu rendang masak.
Kemudian� bolehlah dihidang
Selamat Makan:)

