Byk yg dipelajari semasa berTTC 3 tahun anak kedua, Umar Al Faruq. Dari penjagaan kesihatan, pemakanan, pengawalan emosi dan mempelajari untuk kenal fitrah sebagai seorang hamba.
Bukan semua org yang melalui fasa TTC ni.. Yang terpilih sahaja melaluinya. Jadi berusaha dan bersabarlah walau apa jua yg dilalui. Kenangan Ttc ini dtg bila hujung minggu ni iman minta bb girl yg boleh ikat rambut dua sambil gaya tangan atas kepala. Jadi umi nak share apa yg umi temui masa tempoh tu.
Berdoa dan berusaha agar dikurniakan rezeki anak lagi buat aku terfikir, kenapa nak anak? Ye, apa tujuan aku nak anak? Kenapa sibuk sangat nak anak lagi. Entah2 Allah belum bagi sebab aku tak didik yg sorang ni elok2. Mcm2 yg difikirkan buat aku byk berfikir dan bermuhasabah..
Kenapa nak anak?
-Moga2 boleh hantar pergi haji.
-Aset bila mati untuk mendoakan bila dah mati.
-Jaga masa dah tua sakit tak larat.
-Belikan rumah besar dan bg duit masa dah bersara.
-Jadi alhafiz nanti boleh tarik masuk syurga.
-anak jadi pejuang agama
-Anak jadi penyeri keluarga.
-Dan macam2 sebab lagilah alasan yg ada..
Tapi fikirlah,
Adakah kita melahirkan dan menyekolahkan anak bila mereka besar jadi mesin duit utk kita pergi haji, beli rumah, kereta dan bg duit pada kita? Bukankah rukun Islam itu atas individu muslim? Kalau anak kita sendiri hanya sekadarnya dlm hidupnya byk manakah yg dia akan menyara hidup kita? Redhakah kita pada anak jika dia tak mampu buat seperti yg kita harapkan?
Adakah kita hantar anak kita ke sekolah mahal dari tadika, masuk tahfiz, sekolah agama terbaik jadi mesin pahala utk kita? Tidakkah kita terfikir berharap pada manusia boleh jadi kita akan kecewa? Menjadikan anak tahfiz utk tarik kita ke syurga dlm diri kita masih menjadi pendosa, gagal dlm hubungan sesama manusia apatah lagi dengan Allah? Mahu anak jadi pejuang agama dgn kita yg tidak hiraukan urusan saudara seagama dgn kita? Redhakah kita bila anak sibuk dgn urusannya melupakan kita?
Adakah kita yakin dengan mengandung dan melahirkan anak menjadi penyeri hidup kita sentiasa? Bagaimana jika kita memiliki anak istimewa? Mampukah kita redha dan menjadi ibubapa yg sempurna buat anak kita? Atau redhakah kita bila anak yg meninggalkan kita selamanya dulu mengharapkan doa dari kita?
Jangan dicakap "dia tak dapat anak sebab perangai baran sgt, kalau ada anak habis dibantainya". Atau "anak selalu sakit sbb tak berkat rezeki la tu". Lupakah kita Saidatina Aisyah juga tidak mempunyai anak? Lupakah kita pada Nabi Ayub yg kaya raya diuji sakit kulit, hilang harta dan kematian anak? Adakah mereka ini tidak baik sebagaimana kita yg cukup harta dan anak yg sihat sejahtera jika kita mengatakan yg tidak sempurna di mata kita adalah kerana jahatnya dia? Lupakah kita akan jgn kata kita beriman tanpa datangnya ujian? Apakah perilakunya kita dgn ujian samada susah atau senang?
Benar, anak adalah penyeri hidup berkeluarga. Menjadi aset yg mendoakan kita semasa kita kembali pada pencipta. Boleh menjaga kita semasa kita tua.
Tapi, kita fikirlah kenapa kita melahirkan dan mendidik anak. Anak lahir bersama amanah, banyaknya doa yg perlu dipanjatkan pada Allah untuk amanah ini. Letaklah harapan pada anak dan jangan lupa berusahalah utk diri sendiri. Ingatlah 2 perkara lagi selain doa anak soleh yg menjadi pahala berterusan buat kita. Berharap pada manusia boleh jadi kita kecewa, berharaplah pada Allah yg memiliki segalanya.
Mari kita belajar moga2 kita dapat buat yg terbaik insyaallah. Berdoa sgt2 agar diri tak diuji dgn apa yg ditulis. Byk kurang dan lemahnya kami suami isteri. Hanya mengharap kita semua berfikir. Tak perlu beritahu sebab kita apa, simpan saja ketat2 dlm hati bersama doa.
Didoakan iman haikal, umar alfaruq dan generasi mereka jadi anak soleh dunia akhirat insyaallah.
Umi
Masih bercuti jaga anak pelentung
Seronok rasanya jadi surirumah.hehehe
Wednesday, October 4, 2017
Subscribe to:
Comments (Atom)
Keguguran
Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...
-
Assalamualaikum, 22hb-26hb Oct 2014 aku cuti. sebabnya 22-24hb adalah forced leave syarikat aku. jadi aku mengambil kesempatan cuti lama t...
-
assalamualaikum, Hari ini aku nak share tentang website bank negara . macam bosan je kan??? ehe. aku sekali sekala bukaklah jugak.ehem. ...
-
Assalamualaikum kalau korang baca post aku yg sebelum ni (kalaulah) , korang akan tahu yg aku berTTC. actually aku berTTC ni dah hampir 2 ...