Thursday, January 20, 2022

Keguguran

 Apakah keguguran.

bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ketika ibu dalam proses awal kehamilan.

telah mengalami keguguran ini sebanyak 2 kali. Yang pertama pada tahun 2018 ketika usia kandungan hampir 5 bulan dan kedua pada tahun 2021 ketiga kandungan lebih sikit 5 bulan. Tak brp ingat brp minggu dgn tepat.

Antara kedua-dua peristiwa ini, ada satu kehamilan dan kelahiran yang selamat pada tahun 2020. Alhamdulillah anak ini lahir sempurna dirumah dgn mudah😆

Apa yang ingin dikongsi disini ialah bagaimana kejadian keguguran tersebut dan bagaimana saya menghadapinya. P/S: ini bukan nasihat tentang kesihatan untuk pembaca tetapi perkongsian tentang pengalaman sahaja.

kejadian pertama 2018.

waktu checkup 16 minggu kami sekeluarga semua excited sangat nak pergi tengok jantina baby. semua masuk bilik nak tengok scan doktor.huhu. masa scan doktor macam tiba2 senyap aje fokus pada monitor. kitaorg pun sama duk tengok juga la. tetiba perasan sesuatu lalu tanya pd doktor. "Doktor, kenapa baby tak bergerak?". Dia pun macam teragak2 dulu kemudian dia kata nak check jantung baby dulu. Dia kuatkan volume scanner tu, dah tukar screen untuk tengok heart beat. tapi heart beat baby takde. Dia panggil doktor lain, katanya mungkin dia silap cara. kemudian bila dua2 check memang confirm akan silent misscariage. Maksudnya janin baby dan meninggal tanpa pengetahuan dan tidak mengalami sebarang kesakitan dan lain-lain. 

waktu ini, dah mula menangis dah. husband duk pujuk2. doktor bagi referral letter untuk jumpa specialist. lps makan tengahari, pegi klinik pakar dan confirm baby dah takde. memang makin menangis la...huhu.sebab ada juga simpan harapan yg bila check baby tu ada.

ikut saiz nampak dah 2,3 minggu sebelum itu baby dah hilang degupan jantung. sebab 1st trimester kan check up sekali sebulan. jadi tak tahu bila dia pergi sebenarnya.

jadinya, lepas bincang. pilih untuk lahirkan janin secara alami. lagipun baby dah ada anggota utama seperti kepala, badan,kaki, tangan walaupun belum cukup sifat seperti jari jemari. doktor kata, kes silent misscariage ni, lepas ibu tahu, proses kelahiran janin secara alami biasanya tidak mengambil masa terlalu lama untuk berlaku. dalam seminggu atau 2 minggu.

jadi, melalui hari2 menunggu ini dengan emosi yang sangat sedih, berkecamuk dan lain-lain. masa ini perasaan memang sangat sensitif. mmg husband jadi sgt berhati2. kena telefon selalu tanya kabar masa di office. bagi makan sedap2 dan mcm2 lagilah untuk sokong emosi ibu. 

kerja seperti biasa sehingga mula ada rasa contraction. dalam satu hari juga ombaknya. contraction makin lama makin kuat dan malam nya lahirlah baby ketiga kami itu. esok paginya, kami pergi hospital sebab uri tak keluar habis. jadi buat proses dnc.

dapatlah mc 2 minggu. semasa proses berpantang ini amat tertekan. kesedihan yang melampu. bila masuk kerja masih belum pulih juga. 

jadi, pergi jumpa dr homeopathy, ambik bach flower untuk emosi, ubat homeo untu merawat dalaman dan juga diajar untuk mandi limau. sbb masa tu, malam2 memang tak boleh tido fikir mcm2. fikir nak mati la, fikir salah aku la.mcm2 la. kemudian mula nampak bayangan dan dengar benda2 pelik pula dah dlm gelap tu. 

bach flower tu memang sangat berkesan untuk sedarkan diri dari kesedihan dan ketakutan melampau. bila mula rasa nak kena attack perasaan pelik2 ni, cepat2 titik dalam mulut. 

amalkan balik air akar dan herba phytonatal dari nonaroguy. buat air kunyit + madu untuk baiki keradangan badan dan jaga makan. elak tepung dan susu dan amalkan makanan sihat.

yang mandi limau tu, dr homeopathy ajar, ambik limau nipis dalam bilangan ganjil, potong limau tu juga dalam bilangan ganjil. perah2kan dalam baldi dan mandi. memang rasa segar. ada bacaan doa juga dari ayat alquran tapi tak ingat.huhu

alhamdulillah, fizikal dan emosi makin stabil dan sihat la badan. bayangan dan bunyi pelik2 tu pun dah tak ada. alhamdulillah.

kedua 2021

kehamilan ini sebenarnya tak dirancang. exciden la org kata sbb baru dapat baby tahun 2020. tapi kitaorg still excited dan happy sgt. 

sama kisahnya-silent misscariage. dapat tahu masa check up. walaupun check up sblm ini keadaan adalah sempurna tapi Allah yang maha berkuasa..

pergi checkup seorang sbb masa ni covid tengah hot lg, klinik cuma bagi pesakit aje yg masuk klinik. balik masuk rumah terus cari husband menangis peluk dia. anak2 kat rumah duk sibuk panggil2 nak tengok gambar baby. semua duk teka dapat baby girl nak kawan dgn jannah anak ke 3 kitaorg tu.

berbeza kali ini. lebih tenang dan dapat terima hakikat walaupun tetap sedih gile2. duduk rumah tunggu kelahiran sbb kerja pun kat rumah, jadi lebih tenang sikit. dalam masa ini siap sedia minyak, makjun, kunyit, segala herba2, tungku sesiap.

suatu malam melahirkan baby di rumah juga. dalam 4 pagi pegi hospital sebab darah agak byk non stop. buatlah proses dnc. ada juga drama dekat hospital masa ini. tapi diringkaskan cerita begini lah.

dapat mc 3 minggu.

cadangan jika ada yang mengalami kisah keguguran ini.

pertamanya takziah. takkan ada ayat yg dapat menenangkan hati ibu dan bapa (terutama ibu) untuk melaluinya. didoakan semoga Allah bagi kebaikkan kepada kita yang kehilangan dan dapat berjumpa lagi diakhirat insyaallah.

1. jika boleh dan selamat. lakukan secara alami terutama jika "baby" sudah ada anggota badan walaupun mungkin tak begitu sempurna. Khuatir jika kita keluarkan secara paksa takut2 anggotanya jadi tak sempurna bergantung kepada teknik, alatan dan kemahiran doktor tersebut. ini adalah seperti yg dikongsi oleh doktor saya la. mungkin ada anggota yg terputus contohnya. bergantung lah tahap kesihatan ibu yang mengandung. jika berlaku sesuatu yg merbahaya, timbanglah sebaiknya. kena rasional lah juga ya.  jika dah bleeding byk, sakit teruk masih belum keluar mungkin proses di OT diperlukan. Alhamdulillah menjadi kelegaan buat saya untuk melahirkan dan mengebumikan anak2 ini. iye, walaupun sebenarnya belum boleh dipanggil baby pun lagi.

2. jika boleh, minta dan ambillah mc seberapa lama yang boleh. 3 minggu sekurang-kurangnya untuk pulihkan emosi dan fizikal. 

3. sediakan barang2 sama seperti berpantang kelahiran anak hidup (minyak panas, stoking, mandian, herba, makanan pantang, bertungku dll). Untuk apa? amalan berpantang melayu ini memang sgt baik untuk pemulihan badan. sebab kenapa badan kita tetap berlaku perubahan hormon dari mengandung dan kelahiran. dan jika adanya proses dnc/sama sepertinya sudah pasti badan perlu lebih kembali sihat seperti sedia kala.

4. dapatkan bantuan perubatan. tak kisah nak guna homeopathy, allopathy, herba2, atau lain-lain jika ada terasa kesukaran dari segi emosi dan fizikal. jangan abaikan segala signal yg badan berikan seperti sakit kepala, tiada selera makan, mudah menangis, kesedihan tanpa sebab, sembelit yg teruk dll.

5. dapatkan sokongan dari segi emosi dari sesiapa yang anda sukai. jika tidak suka bercakap tntg benda2 sedih dgn husband sbb reaksi dia biasanya tak seperti yg kita mahukan. usah bercakap dgn dia. bercakap dgn org lain seperti mak, kawan rapat dan lain-lain. dalam kedua2 kes saya, saya cuma bercakap tentangnya dgn husband dan mak sahaja. hanya maklumkan bos ketika dah lahirkan dan akan cuti dan minta tak dibincangkan ketika di office/kawan2. warning siap2 taknak ditanya berkenaan hal keguguran ini bila balik dr mc. yes, jika ini perlu untuk tidak melukakan hati, jgn takut untuk request. tapi sebaliknya jika memang tak kisah untuk share tiada masalah.

btw, saya mengambil masa yg agak lama juga untuk bercerita tntgnya secara terbuka. 

6. solat dan berdoalah. keguguran pertama, sy banyak melayan perasaan. dan yg kedua, bila dah dinasihatkan oleh dr homeopathy saya dulu, sementara nak menunggu kelahiran tu bykkan solat dan berdoa. masa pantang pun teruskan berdoa minta Allah bantu. 

untuk saya, ayat "sabarlah", "akan diganti dgn yg lebih baik" tak dpt menenangkan perasan langsung. malah lebih buatkan menangis. Lebih lega bila diucapkan tntg doa2 innalillah dan sebagainya. jadi saya pun bykkanlah berdoa. tak semestinya duduk di tikar sejadah untuk berdoa, sambil duduk, baring pun boleh. mengadulah pada Allah.

Itu sahaja perkongsian. moga bermanfaat.

ingat, ini bukan fakta kesihatan yg wajib diikuti dan sesuai untuk semua. Saya tak pernah percaya pada "tiada sesuatu yang sesuai untuk semua". mungkin sesuai kpd ramai org tapi tak semua. mungin juga sesuai untuk seorang shj tapi tidak untuk org yang lain.

dan mungkin ada fakta2 yang dikongsi disini tidak tepat. semuanya adalah mengikut pemahaman saya sahaja.

terima kasih. assamualaikum



Tuesday, January 11, 2022

Berjumpa kembali

Assalamualaikum. hahaha..lamanya tak menulis disini. bukan setakat bersawang tp macam bangkit dari kubur dah ni.hahahaha 

Last posting tahun 2017. masa tu ada anak 2. Alhamdulillah sekarang dah 3 disisi dan 2 dah simpan. ye, ada 2 episod keguguran tahun 2018 dan 2021. banyak yang berlaku sejak kebelakangan ini. suka dan duka. tapi alhamdulillah masih mampu berdiri. masih punya ibubapa, keluarga, tempat tinggal dan juga kenderaan untuk bergerak. 

tahun 2020 pula menyaksikan kisah dunia dilanda covid19. umi dan jannah juga telah terjangkit pada may 2021. alhamdulillah kami kembali sihat sediakala. 

bercerita tntg covid19 ni kan. masa hujung tahun 2019. umi dah terbaca2 kes SARS illness di china. umi memang follow agensi berita luar negara. mmg suka baca berita dari dulu. masa zaman takde smartphone dulu, parents mmg beli surat khabar hampir setiap hari. jd dah ada internet kat tgn ni mmg follow lah berita2 dalam dan luar negara.

masa tu sebelum closing period dec tahun, ada bercuti ke pulau pinang. disitu memang ramai pelancong china. waktu tu, umi dah saspen. mmg selalu warning budak2 untuk jauhi dorang.hahaha. tambah2 lagi waktu tu ada bawa anak ke 3 yang baru umur dalam 5 bulan mcm tu. 

balik cuti dan bekerja, bila naik public transportation. dah mula2 pakai mask. bulan jan tu mmg dah prepare stock beli mask, beli hand sanitizer young living, madu, minyak habbatussauda, vit c bagai. waktu tu who dah mula mcm kecoh sbb china tak provide info la ape bagai. hujung bulan jan 2020-ingat masa dtg opis untuk month end closing, baca berita yg wuhan dah lockdown dgn case SARS illness 3k++. video org kat jalanan rebah tiba2 mula tersebar. Malaysia mula kecoh2, gaduh antara netizen dan menteri bagai. kemudian, awal march negara lockdown. buka tutup dengan segala jenis pkp/pkpd/pk++ semua yang katanya untuk kesejahteraan rakyat dan negara. 

pada mulanya mcm dec 2019 hingga ke may 2020 tu umi mmg agak paranoid dgn cerita ini. tapi lama2 kita learn dan relearn dan mula belajar byk perkara. makin lama, makin byk research yg dikeluarkan. dan kita bolehlah belajar dan ambil pengajaran mana yang boleh. 

selain itu, umi juga sambung belajar di UMCEED. ambil sijil usululudin. rasa byknya yang tak tahu dan perlu dipelajari lagi. takut tengok posting2 di media sosial tntg agama. habis kecamuk. seronok sambung belajar walaupun kadang2 waktu closing tu ada kelas dan exam. moga dapat terus sambung belajar lagi dan lagi. 

selain itu, mula juga berjinak2 mengembangkan rangkaian customer public gold. memang dah lama membeli emas dari public gold. tak silap dari tahun 2013/2014 mcm tu. public gold ni syarikat yang jual emas dapat emas. bukan syarikat peleburan emas yg scam org. insyaallah, setakat ini tak pernah lagi berlaku masalah. 

umi berjual beli dgn PG ni dah lama. masa dinar 916 dan jual gelang tanpa upah harga RM110/segram.haha. sekarang ni brp harga segram emas 916 barang kemas? RM230/segram utk yg preloved tanpa upah tau. kalau barang kemas baru dah boleh cecah RM250/gram. kalau beli dari kedai yg ada upah lagi mencanak2. 

bila baca umi dah membeli emas hampir 10tahun dulu jgn bayang emas dah setimbun kat rumah pulak.hahaha. umi beli dan jual. alhamdulillah boleh byr muka kereta, byr renovate rumah, byr kos perubatan ahli keluarga dan belanja sikit2. ya, waktu jual tu dah ada untung walaupun belum 10 tahun. kalau nak beli emas fizikal atau bukan akaun GAP, bolehlah hubungi umi okay. 

selepas tahun 2017 juga. hahaha. kami sekeluarga juga mula bercamping. mula camping sbb bila pegi berkelah aje rasa tak puas. jd beli serba sikit dan mula camping. seronok sgt. aman aje bila berdekatan dgn alam semulajadi yang tiada kesibukan melata. 

mungkin nanti boleh buat perkongsian tentang camping juga kan? rasanya setakat ini dahulu cerita umi. insyaallah umi sekarang ada byk masa. boleh update blog ini selalu. terima kasih kerana membaca :)

Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...