Monday, December 7, 2015

CINTA PERTAMA

kali ini aku ingin bercerita tentang 'cinta pertama' aku. ya, cinta pertama aku sebagai ibu.


ini cinta pertama aku sebagai ibu -IMAN HAIKAL 4 Dec 2011-

dia anak yg amat disayangi
aku tak dapat berikan yg terbaik kepadanya tentang semua perkara
tapi dia menjadi anak kunci buat aku mencari yg terbaik buat dirinya dan adiknya
dia dilahirkan melalui pembedahan, keluar masuk hospital, dihantar ke nursery, dijaga bbsitter
dan bermacam lagi yg ditempuhi dalam seusia 4 tahun (2015)
demi aku mencari keperluan dan kehendak hidup kami

tapi bersamanya aku menjadi seorang pejuang buat dirinya seorang pejuang
berjuang mencari yg terbaik untuknya juga untuk adiknya
darinya aku mengenali vbac
aku mengenali keperluan hidup seorang manusia
aku mengenali pelbagai ilmu yg aku tak tahu
aku kembali mengenali perasaan kebergantungan dengan tuhan yg tiada bandingnya
dan utamanya aku mengenali kehidupan seorang ibu
mengenali perasaan seorang ibu

Iman Haikal
apa yg dikata tentangnya..
mendengar kata umi dan walidnya
sangat sayangkan adiknya
menjadi penawar hati umi dlm setiap keadaan


dia anak soleh yg aku doakan agar jd pejuang agama Allah dijalan yg lurus
berjaya dunia akhirat
sihat sejahtera dan aman hidupnya

Iman Haikal
sayangnya umi padamu sepenuh hati umi
moga Allah melindungimu dan adik2mu dari api neraka, selamat dunia akhirat


Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...