Sunday, October 19, 2014

Shopping


Assalamualaikum.

Hari ni aku nak cerita tentang shopping pula. siapa lah dikalangan kita yang tak suka shopping???mesti takdo kan. aku rasa lelaki pun suka shopping apa... tapi shopping yang dia punyalah kan.kalau perempuan suka shopping untuk semua orang dan untuk semua jenis barang..ehehehe

hari ni aku terjumpa gambar ni dalam newsfeed FB aku. tersentap sekali segala organ dlm badan aku. tapi aku rasa mmg betui apa yg dipesan tu.

cuba tengok kita yg terutamanya golongan wanita ni. pantang masuk gaji atau dapat duit mana. terus bukak website kedai mana2 nak membeli online. takpun dah rancang nak beli apa. dari barangan keperluan hinggalah ke kemahuan yang tak diperlukan.

sikit2 baju, sikit2 tudung, sikit2 shawls, sikit2 emas, sikit2 barang hias rumah. sampai kadang2 kita lupa apa keperluan kita sebenarnya. juga lupa siapa diri kita. kenapa aku kata lupa siapa diri kita? yelah. nak berbelanja barang kemahuan tu melebihi kemampuan. beli pakaian tak kesudahan sampai almari muntahkan balik baju tu. Tudung pulak bukannya satu tudung untuk 2-3 pasang baju tapi satu baju kena ada 2-3 tudung pulak yang matching.

alahai..sungguh membazir bagi aku. kita kena belajar berjimat. bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri jugak. untuk masa hadapan didunia dan akhirat. jangan kita menyesal kelak. ada ustaz cakap, bila matahari dah terbit kat barat yg mana masa tu pintu taubat dan ditutup dan amalan tidak dikira maka berduyun2lah org menyedekahkan harta mereka, memenuhi masjid dan bertaubat menyesali dosa-dosa mereka..

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261).

ini tips aku dalam menguruskan kewangan bulanan:
pendapatan-tanggungjawab (hutang+makabah+pengasuh)-simpanan-sedekah-belanja=simpanan utk perbelanjaan akan dtg.

sekarang ni ada mcm2 kursus kewangan yang kita boleh join dalam pengurusan kewangan. boleh jek google dan carik mana yang korang yakin.

akhir sekali, jangan berlebihan dalam berbelanja. ingatlah dunia ini hanyalah sementara.

Tuesday, October 7, 2014

Kiamat Sudah Dekat

Telah menceritakan kepada kami Sufyan bin Waki' telah menceritakan kepada kami ayahku dari Al Qasim bin Al Fadll telah menceritakan kepada kami Abu Nadlrah Al 'Abdi dari Abu Sa'id Al Khudri berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, tidaklah kiamat terjadi hingga binatang-binatang buas berbicara kepada manusia, hingga ujung cambuknya, tali kasutnya berbicara pada seseorang dan hingga pehanya memberitahukan padanya apa yang dilakukan keluarganya sepeninggalannya."

Berkata Abu Isa: dalam hal ini ada hadits serupa dari Abu Hurairah dan hadits ini hasan shahih gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari hadits Al Qasim bin Al Fadll dan Al Qasim adalah perawi terpercaya menurut ahli hadits. Yahya bin Sa'id Al Qaththan dan Abdurrahman bin Mahdi menyatakan bahwa ia adalah perawi terpercaya. [Hadits Riwayat Jami` at-Tirmidzi: 2107- Hadits Sahih]

حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ وَكِيعٍ حَدَّثَنَا أَبِي عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا أَبُو نَضْرَةَ الْعَبْدِيُّ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تُكَلِّمَ السِّبَاعُ الْإِنْسَ وَحَتَّى تُكَلِّمَ الرَّجُلَ عَذَبَةُ سَوْطِهِ وَشِرَاكُ نَعْلِهِ وَتُخْبِرَهُ فَخِذُهُ بِمَا أَحْدَثَ أَهْلُهُ مِنْ بَعْدِهِ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ الْقَاسِمِ بْنِ الْفَضْلِ وَالْقَاسِمُ بْنُ الْفَضْلِ ثِقَةٌ مَأْمُونٌ عِنْدَ أَهْلِ الْحَدِيثِ وَثَّقَهُ يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْقَطَّانُ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ


Baca lanjut disini

Allahurabbi..

Al Faedah adalah salah satu blog yg sangat saya sukai untuk kesedaran diri saya sendiri. Saya share dengan anda yang menjumpai blog saya ini mudah-mudahan anda juga menerima manfaat.

sesungguhnya hari kiamat itu adalah benar..hari akhirat juga adalah benar..syurga dan neraka juga adalah benar..dan ianya sudah makin dekat dengan kita hari demi hari.

sebelum pintu taubat tertutup, marilah kita bertaubat dan kembali kepada Allah. Sesungguhnya azab Allah itu amatlah pedih.

ye, kadang2 bila difikirkan tentang ini, rasa takut amat mencengkam didalam diri. takut juga bila aku rasa takut ni. kenapa takut untuk takut hari kiamat? takut adanya penyakit cinta dunia dan takut mati yg nabi pernah sebut:

يوشك أن تداعى عليكم الأمم من كل أفق كما تداعى الأكلة إلى قصعتها. قيل يا رسول الله أمن قلة يومئذ ؟ قال لا ولكنكم غثاء كغثاء السيل يجعل الوهن في قلوبكم و ينزع الرعب من قلوب عدوكم لحبكم الدنيا وكراهيتكم الموت). رواه أبو داود و احمد وصححه الألباني في صحيح الجامع الصغير 2/1359 ح 8183 و سلسلة الأحاديث الصحيحة ح 956.
Rasulullah bersabda, “Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas piring.” Seseorang berkata, “Apakah karena sedikitnya kami waktu itu?” Beliau bersabda, “Bahkan kalian waktu itu banyak sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air. Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta menjangkitkan di dalam hatimu penyakit wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud No. 3745)

muslimin terdahulu amat cintakan kematian dan tidak mengendahkan keindahan dunia. kenapa? kerana mereka ingin sgt bertemu Allah. Tapi aku? Takut nak mati sebab amalan tak cukup tapi tidak beramal untuk melaluinya..astagfirullah..

marilah kita sama2 muhasabah, tanda2 kiamat itu sgt byk. malahan sudah hampir2 sgt dirasakan..lihatlah keadaan masa skrg yg terlalu cepat berlalu. sekelip mata shj dah seminggu, sekelip mata shj dah sebulan, sekelip mata shj dah hampir setahun..sekelip mata sudah sampai sakaratul maut untuk kita..

astagfirullah...astagfirullah...astagfirullah...

Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...