Thursday, November 20, 2014

Belum dikurniakan Anak. Mereka Istimewa.

Assalamualaikum

kalau korang baca post aku yg sebelum ni (kalaulah), korang akan tahu yg aku berTTC. actually aku berTTC ni dah hampir 2 tahun sejak anak aku setahun. suami aku yg terchenta mmg nak anak ramai dan suka bebudak.

alhamdulillah, selepas aku dikenalpasti retroverted uterus (RU) aku disahkan pregnant. waktu tu aku tengah tunggu 1st day period utk set appointment treatment. sepanjang cycle tu, aku mmg tak fikir sgt tntg TTC, aku just fikir tntg untuk buat treatment aje. tp Allah tu kan maha kaya, dalam aku mengadu kepada dia, dia perkenankan dalam masa yang tidak disangka2. syukur Alhamdulillah..

dalam tempoh TTC ni, aku telah join beberapa group TTC dan kesihatan wanita yang berkaitan. disini aku mengenali golongan iaitu para wanita yang dalam penderitaan melawan sakit berkaitan organ produktiviti (rahim) dan juga golongan wanita yg inginkan zuriat.

wanita yang inginkan zuriat ini tak kira samada sudah lama berkahwin ataupun baru berkahwin memiliki perasaan yang tidak dpt kita selami 100%. ada juga dikalangan mereka yang melalui pengalaman yang kadang2 bila aku baca adalah sangat pedih dihati. dibenci suami, dikata saudara, tidak mengaku oleh mertua dan lain2. sungguh, aku merasakan sebenarnya banyaknya manusia ni tidak berperikemanusiaan dan zalim apabila bersifat tidak mempercayai bahawa rezeki itu ditangan Allah. janganlah salahkan sama sekali wanita2 berkahwin yang belum memiliki anak ini. mereka sungguh berusaha bukan sahaja utk kebahagiaan diri sendiri, suami tetapi juga keluarga dan org disekeliling mereka.sanggup ditebuk sana sini, sanggup telan itu ini, sanggup buat prosedur yang menelan belanja ribuan ringgit hanya untuk memiliki zuriat..malahan ada yg menemui Allah dimeja pembedahan..Allahuakbar..bayangkanlah sekali jika kita ditempat mereka..sanggupkah kita melaluinya?? kuatkah kita?? kadang2 apabila aku baca luahan dan kisah treatment mereka, aku menitiskan air mata. aku rasa, aku tidak mampu berada ditempat mereka.untuk jadi sekuat dan setabah mereka..begitu perit sekali..

aku juga sangat tidak bersetuju apabila ada kata2 "itulah, takde anak sebab kedekut" "..sebab panas baranlah"'..sebab miskinlah" atau macam2 lagi. percayalah, Allah sahaja yang tahu hikmah disebalik ujian yg diberikan. ada aje kita tengok org panas baran ada anak, org kedekut ada anak sama macam kita tengok org baik2 ada anak. cuba tengok saidatina aisyah, beliau juga tidak dikurniakan anak. nabi ibrahim juga dikurniakan anak ketika lanjut umurnya.nabi ayob diberikan penyakit kusta bertahun2. adakah kerana dosa mereka?? sudah tentu tidak, malahan mereka kita kenali jauh lebih mulia dari diri kita sendiri.. semuanya ada hikmahnya. ada sebabnya..kita tiada hak untuk memutuskannya kenapa dia belum dapat anak..please jgn hukum wanita ini. mereka sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian kita. kita raikan perasaan mereka yang rapuh itu dengan tidak mencerca atau menyindir mereka.

walaupun begitu, aku juga amat mengharapkan agar wanita2 ini terus berusaha dan sentiasa berdoa dan bertawakal. janganlah sama sekali tergelincir iman melalui hati, perkataan dan perbuatan dalam menempuh ujian ini. terus bersama Allah dengan mempercayai kehendak Allah..sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan maha penyayang..

astagfirullah...astagfirullah...astagfirullah...astagfirullah...astagfirullah...







Wednesday, November 12, 2014

Petua & Panduan Potty Training Anak

Assalamualaikum,

22hb-26hb Oct 2014 aku cuti. sebabnya 22-24hb adalah forced leave syarikat aku. jadi aku mengambil kesempatan cuti lama tu untuk potty training anak aku yg dah umur 2 tahun 10 bulan yg usyuk2 tuuu..

alhamdulillah semuanya berjalan lancar. oleh sebab berjaya jadilah barulah aku berani nak share dengan korang para pembaca blog aku tu hahahaha

Persediaan awal sebelum:

1. Percaya
kita sebagai makpak kena percaya pada kemampuan anak2 kita. fikiran positive akan merangsang kemampuan anak anda. aku rasalah. sebab aku rasa anak2 ni perlukan kepercayaan makpak mereka yang mereka boleh buat. ingat ye, yakin boleh! bukan sahaja anak anda tapi anak anda

2. Kuatkan mental dan fizikal anda
haaa..ni satu hal lagi. korang mmg kena kuatkan mental dan fizikal. nak potty training ni bukannya boleh marah2, mengamuk dan of course kena raaajiiinnnn. sebab kenapa? sebab kena anak2 ni terlepas hasil buangan mereka maka kita kena sabar, kena cuci bukan itu aje malam2 korang kena bangun angkat anak ajak dia kencing. kalau korang tak buat masa ni kemungkinan besar, esoknya adalah tilam yg dijemur kat depan rumah korang tu.huhuhu

3. Doa
Doa. yezza. nak potty training pun kena doa taw. hampir sebulan sebelum kita start doa dah spy dipermudahkan urusan dan doa dikurniakan 2 perkara diatas. selain tu boleh amalkan petua baca alfatihah, ayat kursi, alinsyirah, ayat 1-10 surah thohaa, niat+doa dgn sebut nama anak dan hembus ke ubun2 dia. ini kena buat masa dia tidur2 ayam gitu. katanya masa ni minda separuh sedar sgt berfungsi. insyaAllah

4. Persediaan alatan
alatan yg korang kena sediakan ialah lapik tilam, seluar lebih, seluar dalam yang comel2 gitu. kalau boleh ada gambar yang dia suka spy dia nak pakai. lepas tu kain buruk lebih dan spray air. yg itu faham2lah utk apa ye jah. kalau agak2 kat rumah ada karpet riban2 import dari turki kat rumah korang tu, baiklah korang pegi gulung simpan. takde maknanya kalau kena pancut dek anak lelaki korang yg tak sempat nak ke toilet. selain daripada itu, korang juga boleh beli tandas potty training budak2 tu atau pun lapik tandas duduk (jika korang nak latih guna tandas duduklah) spy lubang tandas tu saiz budak2. aku ajar dia cangkung. kat rumah aku ada satu tandas cangkung, jadi on aje. lagipun sunnah nabi apa. kelas kaw ajar anak baut sunnah.

Semasa:

1. sudah tentu tak boleh pakaikan anak2 diapers.ehe. terus pakaikan seluar dalam dan seluar. bagitahu dia, mulai hari ini tak pakai pampers dah. kencing dan berak kena di bilik air. bagi kes aku, aku dah beria2 beli spender gambar kartun bagai. mula2 anak aku pakai, pastu dia bukak balik. dia rasa tak best (T-T). takpelah, aku ikutkan aje, aku pakai kan seluar terus. mula2 dia taknak pakai jugak sama macam spender tadi. tapi bila nak keluar, dia terpaksalah pakai sebab aku cakap :iman kena pakai seluar kalau nak keluar" kuikuikuikui..

2. rajinkan anda untuk bertanya "nak kencing? jom kita kencing di toilet". kalau dia kata taknak pun, kita bawak aje, suh dia cangkung & kencing. ini korang kena tahu apa yg korang nak ajar.bukan setakat kencing berak kat toilet je. contohnya, belajar bukak seluar, baca doa sblm masuk tandas, pakai selipar, nak ajar guna tandas cangkung atau duduk, bukak air, basuh tangan n kaki selepas buang air, lap kaki kat alas kaki toilet etc. macam aku, dari iman bayi lagi mmg aku akan bacakan doa masuk tandas kaut2 bila bwk dia masuk tandas/bilik air, jadi dia dah terbiasa. begitu jugak basuh kaki, tangan dan lap kaki bila keluar. ajar sekali adab2 islam tu lagi bagus insyaallah..

3.waktu malam adalah waktu yang paling mencabar. kenapa? waktu ni yang paling berisiko untuk terlepas. sebelum tidur korang bawak dia ke toilet, sblm tidur juga korang kena kontrol pengambilan air dan susu. macam aku, aku bg susu awal2 pastu dia just nyut2 ninin bila dia nak tidur. time ni, susu badan aku dah kurang, dia saje nak comfort himself jek. selain tu, korang kena buat pengorbanan bagi memastikan operasi ini berjaya. bangun agak2 dah lama, dukung dan bawak dia ke toilet. suh dia kencing. iman ok, dia tak nangis time aku kacau dia tidur tu. pandai2 lah korang ye. korang lebih mengenali anak2 korang. pagi bila bangun tido ajak dia kencing lagi. biasalah, bangun tido mesti rasa nak terkencing kan?

4. berak/buang air besar. ini paling mencabar bagi aku. anak aku macam ketakutan lepas berak. kita kena terangkan yg berak tu adalah normal dan semua org buat. alhamdulillah setakat hari ni (12112014) dah makin ok walaupun masa aku ambik dia smlm mulut dia kecoh sambil mcm sedu2. sebabnya dia terberak masa dia tengah main, jadi dia ckp busuk & takut. syukur pengasuh anak aku dia penyabar orgnya. setakat ni, aku mmg kena teruskan train dia untuk berak. dia masih berak di lantai toilet sebab takut nak cangkung di lubang tandas (aku ajar dia guna tandas cangkung <--sunnah mengcangkung buang air). jadi lepas dia berak aku just siram dgn air aje..huhuhuhuhu..kes yg dekat rumah pengasuh aku tu sebabnya tengah exsited main dgn kwn2 terus terberak..uhu.. 5. duit. yg ini terpulang kepada situasi. kalau korang train sendiri sampai dia pandai kat rumah oklah. tapi kalau ada melibatkan pengasuh macam aku, aku cadangkan better bagi lebih sikit sbb dia kena usaha lebih sikit. aku bagi lebih juga walaupun masa aku hantar anak aku dah pandai bgthu nak kencing n berak. cumanya bagi kes2 kecemasan seperti tak sengaja tulah.. 6. puji dan bagi hadiah. ini penting. hargai kemajuan dia dengan pujian atas usaha dia. ingat ye, atas usaha. mungkin dia dah terkencing sblm bagitahu tapi kena puji dia bagitahu dia nak kencing tu. contoh, waaaa...bagusnya iman bgthu umi iman nak kencing. lain kali iman bagitahu sebelum iman nak kencing ye. kencing di toilet. pastu suruh dia ulang ayat kencing di toilet. aku siap ada ajar dia ckp "umi, iman nak kencing/yak". ajar dia satu2 perkataan jika dia belum masih berkata2 mcm anak aku. ok. aku rasa itu sahaja perkongsian aku yg dhaif ni. sekadar dari pengalaman aku yg masih dalam proses operasi potty training anak aku. selamat berjaya! ------ updates!: alhamdulillah sejak minggu lepas anak aku dah boleh 100% guna tandas-maksudnya tak taku2 nak berak kat tandas lg. apa yg menyebabkan dia berubah?? cuba rujuk kes kat no 4 tu. masa dlm kete mulutnya membebel lg ckp yak n busyuk sambil berjerongos. aku explain kat dia sambil usap badan dia "iman, berak tu ok iman. sape berak dia good boy. umi yak, walid yak, nenek minah (pengasuh) yak, opah yak, tokwan yak sume yak. sume yak dlm tandas." korang tahu apa reaksi dia? dia ms tu tengah pandang depan, dengan serta merta terus pandang aku & kata haaaa???? mcm terkejut bila aku kata nama2 diatas pun berak.uhu. pastu aku pun ulang balik dialog aku tu. dia pun kata umi yak? walid yak? iyo anak, sume pun yak busyuk. then dia senyap. lepas explaination aku tu, dia ok dah kalau nak berak. siap bangga lagi kalau berak. aduhai anak lelaki ku! tepuk kepala (^-^)Y




Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...