Sunday, October 9, 2016

Lebah & Madu

Hujung minggu baru ni dan sepanjang minggu adalah tempoh perkongsian Ummi dengan Iman berkenaan Lebah dan Madu. Kalau korang ada baca post sebelum ini yang cerita tentang kentut pencemaran ke tak tu, minggu tu adalah berkenaan pencemaran. Ummi ni memang cintakan sains persekitaran. Masa sekolah rendah dulu memang kelek buku sains tentang alam sekitar aje. Jadi asyik cakap tentang alam sekitar sahajaaa 2, 3 bulan ini......hehehehe

Korang teka apa soalan Iman kali ni yang membuatkan umi dan walid terdiam??

Dia tanya: Lebah bagi ke orang ambil madu dia?? yelah sebab dia dah susah2 cari kan terbang jauh2.

Haaa...terdiam Ummi dan Walid dia beberapa saat sebelum menjawab.huhuhu

Kita fikir kita yang mengajar anak tetapi sebenarnya anak2 yang banyak mengajar kita....Allahuakbar..

Semoga Hidup dunia akhirat mu diberkati Allah. dan diberikan kafahaman agama untuk menjadi pembawa Al-Quran dan pejuang agama insyaallah..

Thursday, July 21, 2016

Terawih Ramadhan 1437H

Assalamualaikum,

Post ini ditulis pada hari sambutan raya di ofis. tetiba terkenangkan ramadhan yg telah ditinggalkan:( Lps tu ingat kenangan terawih dirumah bersama 2 anak lelaki.

Suami pergi berjemaah di surau/masjid berdekatan. bila dia bye2 aje, aku pun startlah persiapan: bawak si abang kencing, sapu minyak, tukar pampers bagai, bagi nenen kat si adiknya ajak tido..jarang sekalilah dorang tido sebelum pukul 9 tu.huhuhu.

jadi aku buat mcm biasa ambik wudhuk cepat2 start solat insyak dan terawih. solat terawih dengan ada bb ni selalunya akan drag. bukan apa baru nak start takbir solat terawih ada tarik kain mintak nenen, takpun melompat kat tepi nak beraklah. jadi bertabahlah...kikikiki

kadang solat kat dlm bilik tetiba senyap aje. budak2 kalau dorang senyap aje adalah projeknya..mcm projek ni:


time ni dah agak2 walidnya dah nak balik. kelam kabut suruh abgnya kutip balik. geram pun ye jugak sebab membazir sekotak tisu kan.aihhh..

malam lain pulak jadi gini pulak:


ada satu malam tu, aku dengar si abangnya duk syok sendiri main ultraman..duk eyah sana, eyah sini..lega lah nak solat sbb tak meragam dan rasa dorang tak buat projek yg boleh membisingkan walid dorang. kalau nak tahu walid dorang ni tak boleh tengok sepah2. aku agak, dia ada OCD lah..huhuhuhu.. tetiba perasan yang takde suara si adik, lps bagi salam, aku keluar bilik tanya : "iman, mana adik?" iman dengan slumber badak sumbunya "tu, kat tangga" waaa..aku pun kecut perut bila tengok adinya duk main kat tangga..just pegi pelan2 layan dia main pastu turunkan.

lps bbrp kali incident macam tu, aku pulak solat luar, 2 beradik tu pergi main kat dalam bilik..jadi gini pulak:


gigih dorang sepahkan brg dalam beg aku. ada bawak balik parcel minyak kelapa, buku dan flascard.

bila solat sekali dalam bilik, si adik duk merangkak depan akulah, tarik telekunglah, panjat aku masa aku rukuk atau tahiyatlah..macam2..pendek kata tak kira apa, tak kusyuklah tapi kita usaha dan buatlah sebaik mungkin. yelah, ramadhan kan setahun sekali. entah jumpa lagi ke tak kita tahun berikutnya..Allahuakbar..apa2pun aku bersyukur berpeluang menjalani ibadah puasa bersama suami dan 2 anak ini serta keluarga.alhamdulillah kami semua masih bersama menyambut puasa dan raya...

Memang kita sebagai mak2 ni akan rindu sgt nak solat di masjid, tadarus dan sebagainya. Tapi bila fikir2 balik, solat wanita lebih baik dirumah tambah lagi dengan anak2 yg baru nak membesar, kita duk rumah ajelah. tambah2 lagi tengok cubaan menculik budak di masjid di kelantan semasa solat terawih sgtlah menggusarkan aku. apalah nak jadi pada dunia kita ni...astagfirullah...

dikesempatan ini, ingin mengucapkan selamat hari raya. maaf zahir dan batin. ambillah apa yang baik dan tinggalkan apa yg buruk dari blog sy ini.

Tuesday, July 12, 2016

Bayers SJ-33 Slow Juicer

Assalamualaikum.

Hari ini nak citer tentang slow juicer pulak. memang kami suami isteri dah lama sangat berkenan nak beli slow juicer. kengkonon nak beli kuving lah, hurom lah tapi sampai ke sudah tak beli. sebab kenapa?? sebab harganya riban kome..jadi berhuhu ajelah kami.

dah lama sangat, sy pun bukaklah lazada dan tetiba ada promo slow juicer bayers ini. lepas survey2 dan memang harga murah RM 211.6 berbanding kedai dan tanya en husband. terus zaaapp beli.

ini rupanya bila guna. buah tembikai.



ini gambar suamiku yg interprem



dari gambarnya aje tahu yg puas hatilah. senang untuk digunakan, senang basuh dan paling penting, hasilnya sgt sedap..alhamdulillah berbaloi2..

oh ye, baca sini untuk buat keputusan nak beli blender, fast juicer or slow juicer

Update: setelah menyertai kumpulan sokongan berkenan juice ni, saya mendapati bahawa bayers sj-33 ini tidak sama dengan cold pressed slow juicer yg menjadi idaman saya dan suami tu. tetapi hasil perahannya mirip kepada extractor. terima kasih

Tuesday, June 28, 2016

Resepi : Sosej Homemade

Semua tahu kan kebanyakkan sosej di pasaran bukan sahaja tidak berkhasiat tetapi mengandungi bahan yang merbahaya seperti bahan pengawet sodium nitrit, artificial colouring, high msg, high fructose syrup dll. Malahan ada kajian yang mendakwa bahawa sosej yang mengandungi bahan2 merbahaya ini boleh mengakibatkan kanser terutama kepada kanak2 dengan pengambilan yang kerap dan berterusan.

dahsat betul dunia sekarang kan..makanan pun boleh jd pembunuh senyap..isk..isk..isk..

iman memang suka roti sosej. sukaaaa sangat.. jadi buatlah sendiri, lega hati nak bg dia makan sebab buat sendiri guna bahan2 yg kita tahu dan yakin sumbernya.

Resepi roti sosej:

Sosej:

Isi ayam/daging
lada hitam
daun sup sikit
lobak (kalau nak)
tepung sikit
telur (kalau nak)
himalayan pink salt



Kisar isi ayam/ daging sehingga hancur. Kemudian masukkan bahan2 sosej secukup rasa. Kacau agar digaul mesra.


kemudian masukkan isi tersebut dlm plastik, buat macam piping bag (kalau ada boleh guna tapi ingat lps tu takleh nak guna lain dah). Picit masuk dalam plastik aiskrim Malaysia. Lps tu ikat. Buat banyak kemudian simpan dalam peti ais bahagian beku.

Jadi boleh makan bila2 terutama bila tak sempat nak hungga lama2 dekat dapur siapkan makanan.

Bila nak makan. Keluarkan dari peti ais, buang plastik. dan kukus mcm dibawah:


yg leper besar tu buat untuk roti sosej.hahahaha..actually, bentuk dan rupa tu ikut kesukaan korang nak buat mcm mana pun. ate, nama pun homemade kan.hehehehe

Yang nak goreng tu bolehlah goreng lepas kukus sebab rasanya lagi sedap kut. nak goreng terus pun boleh, ikut kesukaan.

Kalau sambung buat roti sosej.


Potong sosej panjang2 kemudian gulung dalam roti (kalau dapat roti sourdough lagiii bagus).


Lepas tu salut telur


salut breadcrumbs.

Boleh buat banyak2 kemudian simpan jadi frozen. Goreng buat sarapan pagi iman. yeay!!




Tuesday, June 7, 2016

Resepi: Sambal Belimbing Ikan Bilis Ngencesss

~Ramadhan Kareem~

Semoga Allah terima ibadah kita dan menjadikan kita sebagai hamba Allah yang bertakwa insyaAllah..

Salah satu persediaan menjalani ibadah puasa tahun ini saya sediakan sambal belimbing ikan bilis ngencessss..power root nya nama..kikiki..ini syok sendiri namanya.

Pada mulanya saya nak buat sambal bilis hijau. Ini memang kesukaan hasben saya. Tapi nak try pulak buat sambal belimbing ni sebab resepinya senang tak macam resepi turun temurun dari Pahang nunnn yang mengambil masa tapi sebab itulah dia sedap dan tiada tandingan kan. Mana boleh lawan tradisi kan2?.

Oh ye, sebenarnya resepi ini saya dapat dari newsfeed fb saya. saya baca sambil lalu. Jadi sy minta maaf sangat2 sebab tak bagi kredit pada pemilik resepi asal sebab tak save. apa2 sy doakan pemilik asal mendapat pahala berpanjangan atas ilmu ini insyaallah.



Bahan-bahan:
Ikan bilis
*Cabai kecik hijau
*Bawang merah
*Bawang besar
*Belimbing besi
*Bawang putih (resepi asal takde)
*Halia sikit (resepi asal takde jugak)
Minyak masak utk menggoreng

*Blend lumat dengan air sikit sebab nanti air belimbing besi pun ada. blend serentak senang.
**kuantiti agak2

Cara-cara:
1. Goreng ikan bilis kemudian blend kering hancur tak hancur gituw ikut perasaan suka
2. Tumis bahan2 blend dengan minyak ikan bilis tadi
3. Dan merecik2 minyaknya masukkan ikan bilis yang diblend
4. Letak raw cane sugar + garam gunung (tukar dari gula/garam putih okeh)
5. Masak lagi sampai kering (lagi lama lagi sedap bagi saya)
6. Rasa. Tambah garam gula jika perlu
7. Siap!

Apa yg lain dari resepi tradisi? Dalam resepi tradisi belimbing besi dipanaskan untuk buang air gituw tapi ni resepi pantas.blend dan masak sampai kering shj. Selain tu, dalam resepi asal yg dishare dlm fb tu, ada buh kicap sbb resepi tradisi kan kaler hitam hasil dr belimbing besi yg dihydratedkan kan tu. Tapi sy tak buh kicap sbb nak kurangkan penggunaan kicap,msg etc.

Hasbenku kata sedap.masyaAllah..

Tips masak yg sy cuba amalkan:
sambil2 basuh dan masak tu baca selawat dan doa moga bagi kebaikkan dan kesihatan melalui makanan yg kita masak..insyaAllah..
guna bahan2 sihat. belimbing besi tu sy beli di pasar tani mmg kampung style.kecik2 aje. masa beli tu ada pulak yg menunggu nak beli jugak. dahla sikit jadi sebab kesian sy tak jadi tapau sampai habis. rasanya makcik tu mmg petik kat rumah dia kut sebab tak sampai 10 cekak pun belimbing besi yg dia jual.

Ni belanja gambar sikit. Saya sejukkan buh dalam balang kaca bekas madu yg dah habis.








Monday, May 23, 2016

Pencemaran Udara

Assalamualaikum. waaaaaa!! dah bersawang blog ni. sibuk bangat bila dah ada baby ni. Syukur alhamdulillah atas kurniaan Allah.

mendoakan rezeki anak kepada pasangan yang menanti2 kehadiran cahaya mata. insyaallah.

kenapa dengan tajuk kali ni pencemaran udara? alkisah...maka tersebutlah....

minggu lepas saya ajar iman tentang pencemaran udara. sebelum ni ada juga ajar sikit2 tentang pencemaran alam sekitar tapi kali ni saya explain lebih sikit dengan fokus pada pencemaran udara.

kebanyakkan sesi pembelajaran macam ni walaupun memang saya plan tapi diadakan secara tidak langsung. macam perkongsian tentang pencemaran udara hujung minggu lepas saya buat dalam kereta bila kami melalui sebuah kilang yang mengeluarkan asap yang busuuuukkkkkkk.

apa yg saya share?:

-asap dari pemprosesan perlu ditapis sebelum dilepaskan
-bau busuk
-kesan jangka panjang seperti kepanasan global
-merosakkan kualiti udara
-pokok2 sbg sumber oksigen
-dll

duk tengah berkobar2 ckp tentang pencemaran udara ni. almaklumlah, uminya ini aktivis alam sekitar.mehmehmehmeh

tetiba iman tanya...

"umi, kentut tu pencemaran udara? (dengan pelatnyalah)"

ai is terdiam...

"apa iman? saya tanya semula kut2 salah dengar.kikikiki

"kentut pun pencemaran udara jugak?" ulang iman

saya tanya semula "kenapa iman cakap kentut pencemaran udara?" - tujuan soalan ni sebab nak tahu apa yg dia fikirkan/kaitkan antara kentut dengan pencemaran udara.

iman jawab "sebab kentut asap, busuuukk, bau teloorrr"

umi terdiam dan senyum. i am proud of you sayang <3 <3 umi pun jawab "kentut bukan asap tapi angin/gas dalam badan. kentut tidak merosakkan alam walaupun dia busuk. betui kan korang? aku tak tahulah kalau gas monoksida dlm kentut tu membahayakan alam.uhuhuhuhu iman- "ooooooooo" hasben yg tengah kusyuk memandu tanya kenapa2? sy citerlah balik. dia pun mcm biasa ketawa berdekah2..kahkahkahkahkahkah..suamiku memang suka ketawa okey:) sukakan dengan pemikiran anak yg suci lagi telus mcm ni? comel sangat kan budak2 ni.. love u babeh


gambar umur sebulan cukup 2 tahun:)

Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...