Hari ini aku nak share tentang website bank negara. macam bosan je kan??? ehe.
aku sekali sekala bukaklah jugak.ehem. suka tengok alert list tu jek. kalau2 ada mana2 syarikat yang aku nak shopping "brg lain sikit" ada dlm list tu..
tapi hari ni aku terperasan sesuatu yang aku rasa aku kena share dengan korang <---ada ke yg baca blog aku ni?? ada kut sebab rating blog naik aje walaupun taklah banyak mana..hoho..
taadaaaaa...
ini print screen muka depan website. korang cuba tengok tang bawah sekali tu. ada bahagian "our initiative". cuba klik banking info.pastu keluar page dibawah:
tengok kat usefull tools
menarik kan? korang boleh download "monthly budget planner". dia excel format. just download kemudian boleh plan budget korang. ingat, jangan ambil remeh tentang kewangan bulanan sebab dia akan bagi impak kepada kewangan tahunan anda dan seterusnya hidup anda sendiri.cuba bayangkan anda tiada saving, menghadapi keperluan perbelanjaan untuk kesihatan, pendidikan, kecemasan dan lain-lain??parah kan..
planner ini sangat bagus (bagi akulah) sebab dia details. ada bahagian zakat, tabung haji, pelaburan dan lain-lain. kalau untuk aku matematik kewangan aku ialah pendapatan-simpanan-kewajipan (hutang/mak ayah/takaful)-pelaburan=perbelanjaan. kalau nak perbelanjaan meningkat pada bulan tersebut pastikan pendapatan ada meningkat tetapi juga perlu tingkat bahagian simpanan,sumbangan, kewajipan dan pelaburan.
simpanan tu terbahagi kepada dua. 1-simpanan duit macam tabung tu dan 2-simpanan akhirat. ini kita jangan lupa.pastikan setiap kali ada portion tu. simpanan akhirat ni penting untuk kehidupan akan datang kita. ada satu hadith tu:
Diriwayatkan daripada ‘Adiy bin Hatim, bahawa dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Jagalah diri kalian dari api neraka meskipun dengan (menafkahkan) sepotong kurma.”
saranan aku, jom kita pakat download planner ni untuk rancang kewangan kita. selain daripada tu, korang cubalah godek financial calculator lain juga bermanfaat. sebelum beli rumah plan dulu kewangan anda k.





No comments:
Post a Comment