Tuesday, May 2, 2017

Television


Wowowowowo..bersawang blog ni.hahahaha.tapi tengok pelawat meningkat. Terima kasih kepada mereka yang menjengah blog tak seberapa ni:) InsyaAllah kali ni nak kongsi tentang tv pulak.

Dari kecik, kalau cikgu atau sesiapa tanya tentang hobi, saya akan ckp hobi saya adalah membaca dan menonton tv. Ya, sy memang suka tengok tv.hahahaha. kalau balik asrama tu, tertongok kat depan tv berjam2 layan hindustan, kartun, cerita org putih sampai sukan golf pun layan.hahahaha

Tapi, dulu sebab byk masa semua cerita layan. Skrg bila dah anak2, mula tapislah rancangan apa yg akan dibuka. Takkan nak bukan hindustan zaman skrg tengok dgn anak2 kan? dulu walaupun layan hindustan selain cintan cintun ada jugak bab patriotik yg disemai. Kalau skrg ni byk lucahan kan..adalah beberapa cerita yg baik yg layan dulu seperti seperti Black, Taare zameen par, koi mil gaya, KBKSKBG dan lain2. ada juga citer yg mcm takde pekdah yg aku layan. tapi dulu lah kome..duluuu..kikikikiki.

Memang, ramai kawan2 sy yg hebat2 dalam mendidik anak2 memang takde simpan pun tv di rumah mereka. masa anak2 dipenuhi dengan aktiviti berfaedah. tapi sy selaku ibu bekerja, isteri dan peminat tv fikir yg tv perlu ada dirumah dengan alasan di bawah:


1. untuk dapatkan info yang berfaedah : sebab saya ibu bekerja yg tak sempat untuk sediakan semua bahan pembelajaran anak2. Ingat disini, saya mengajar anak2 sy bukan seperti silibus sekolah.

2. untuk tahu isu semasa : Kebanyakkan isu semasa yg kami sekeluarga tonton seperti isu kesihatan dunia,etika, politik, ekonomi, alam sekitar melingkungi dalam dan luar negara. Rancangan tv bagi maksud ini adalah seperti VICE, food detective dll. Walaubagaimanapun, ada juga buka berita jam 8 tu sekali sekala.

3. sudah tentunya untuk hiburan.hahahaha : umi pun layan boboiboy galaksi kome..hihihihi..selain daripada tu memang layan CSI dan beberapa movie/drama/sukan/rancangan yg ok dan tiada unsur lucah yg paling utama.


Walaubagaimanapun,kita selaku ibu bapa kena pastikan rancangan tv yg disiarkan di rumah adalah bersesuaian dan tiada isu2 yg boleh merosakkan pemikiran anak2. Jika secara tak sengaja berlaku, anda kena cepat2 explain dan betulkan mindset dia. Contohnya, ada cerita lelaki pukul wanita, kena bagitahu sebenarnya lelaki kena respect and care wanita selaku pemimpin mcm walid yg sayangkan umi cewahhh... ok, jika tak dibetulkan dia akan simpan gambar lelaki memukul tersebut dlm otaknya. dan tidak mustahil info yg dia simpan itu bermaksud tidak mengapa untuk seorang lelaki memukul wanita. ok?

Selain daripada itu, sekiranya kita memang pasang tv untuk tontonan anak2 bagi tujuan no 1 di atas. Anda kena pastikan bahawa rancangan tersebut adalah di tahap anak anda kerana jika tidak tujuan tersebut tidak akan tercapai. Contohnya, pada suatu hari tu, saya pasang BBCbabies untuk anak2 tengok. Ada tunjuk haiwan kemudian ada suara sebut apa haiwan tersebut. Kemudian, bila rancangan tersebut tunjuk suasana lautan yg byk ikan, dia ulang beberapa kali perkataan fish. Tidak semena2, Iman menegur," Umi, kenapa semua ckp fish?" Untuk makluman, Iman dan adiknya ada diajar nama2 ikan. Jadi dia tak boleh terima semua ikan tu disebut sebagai ikan. Iman sekali pandang kenal jenis shark, umi yg kena tenung lama2 kena recall apa yg umi pernah ajar budak ni dulu.huhuhuhu. Jadi, kena cepat2 tukar chanel lain supaya matlamat nak bagi info tu sampai pada anak ok. Kalau tanya apa rancangan yg saya selalu psg khas untuk anak2 jawapannya ialah BBC Earth, BBC dokumetary, rancangan masakan, kaki pancing selain kartun.

Kena ingat, apa yg kita tonton dan dapat daripada sebuah rancangan tv tak sama dengan anak kita. Contoh kejadian yg menyebabkan saya perasan situasi ini ialah: Ada rancangan dokumentari tentang pemuliharan lautan ke tentang tangkapan ikan tak berapa ingat. Ada org2 naik bot dan tangkap ikan. Saya excited untuk explain apa yg mereka sedang buat dan sebut tentang ikan jenis apa bagai. Tapi soalan Iman apa tau? "Umi, jauhnya dia nak pergi ke tanah (pulau) kat belakang tu."sambil tunjuk dalam tv, ada sayup2 nampak daratan. Kemudian dia tanya tentang bot yg org dlm tv tu naik, mcm mana bot bergerak, macam mana pulau dll.hahahahaha. Takpe, explain tentang pengangkutan air kepada dia pulak selepas itu.

Anak2 memang unik. Kita sebagai ibubapa belajar dari mereka. Adalah penting bagi ibu bapa untuk bersama anak2 ketika mereka menonton tv untuk bagi penerangan dan juga buat pembetulan tentang apa yg disiarkan. Semoga anak2 juga menjadi asbab kita dimasukkan dan dikumpulkan ke dalam syurga InsyaAllah..Didoakan mereka yg belum dikurniakan anak agar merasai nikmat rezeki anak ini insyaAllah..

Ini gambar Iman dan Umar tengok cerita tentang proses penanaman labu gergasi. Dari pengumpulan dan pemilihan biji benih, penjagaan pokok sehingga proses tuai. Kebetulan masa tangkap gambar elok duduk sopan santun.hihihi. Selepas dari tontonan ini, saya ada membeli buku tentang proses penanaman labu, kemudian boleh ulang semula info melalui pembacaan dan gambar pula (gambar sebenar bukan kartun).





Disclaimer: Post ini bukan satu cadangan kepada sesiapa untuk membuat keputusan atau memberi komen tentang bagaimana ibu bapa mendidik anak. Ia hanya perkongsian daripada amalan peribadi selepas proses pembuatan keputusan. tq





Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...