Tuesday, January 6, 2015

Persediaan VBAC 1 Trimester

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kandungan sekarang dah masuk 15 minggu. syukur. dah pun masuk 2nd trimester. seperti yang aku maklumkan sebelum ni yang aku dlm usaha utk VBAC dan aku nak share apa persediaan aku by trimester.

untuk 1st trimester ni:
1. aku dah mula jaga pemakanan. makan byk buahan dan pengambilan folate. oh ye, untuk makluman korang folate acid dan folate adalag berbeza ye <baca sini>. selain drpd itu, aku mula mengambil makanan yg high protein. telur aku tak berapa nak boleh masuk sgt awl kehamilan ni. rasa macam geli aje walaupun sebenarnya aku ni hantu telur. ikan pun masalah bg aku. jd aku ambik ayam n daging lebih sikit. aku mmg agak kurang ambik karbohidrat sbb tak berapa ada selera makan. ingat pemakanan yg sihat insyaallah sedikit sebanyak boleh membantu bukan sahaja kehamilan tetapi proses kelahiran insyaallah. kenapa? contoh, pengambilan magnesium yg cukup boleh mengelakkan situasi tumpah darah semasa proses kelahiran insyaallah. juga pengambilan VCO juga amat baik dr segi khasiat kpd kesihatan dan prestasi vagina untuk proses kelahiran. VCO ni aku mmg ada stok kat rumah makan hari2 kdg2 terlepas juga tp awl kehamilan ni aku meloya sikit dengan vco, iman je yg makan. insyaallah nanti bila selera aku dah ok, aku kena start mkn balik. aku consume vco keluaran rainforest sbb bg aku rasanya boleh tahan sikit dr jenama lain.

2. persediaan mental. ingat, mind setting amatlah penting. jadi aku mesti yakin akan pilihan yg aku buat dan matlamat yg aku nak capai. kongsikan juga dengan pasangan bukan shj spy dia paksa rela menyokong tindakan anda tetapi juga akan membantu proses kelahiran yg anda akn pilih. yelah, kelahiran normal slps c-section ni akan menjadi pengalaman pertama ibu yg terbabit mcm aku. biasa aku dgr, bila tengah sakit contraction tu, ibu yg dah pernah rasa csection ni boleh terluah nak operate jek sbb kasi setel time tu..uhu. jd dimasa inilah pasangan akan menjadi penguat dan penegas utk anda mencapai matlamat anda.

3. mula pilih2 gynae dan hospital. yezza..proses kelahiran alami ni memerlukan sokongan dan persetujuan mereka yg akan turut serta dlm proses kelahiran sprti gynae anda. kalau anda menemui gynae yg tidak support utk gentle birth anda akan mengalami sedikit kesukaran dan memerlukan ketegasan. bayangkan jika gynae anda berkeras nak induce anda untuk mempercepatkan proses pembukaan vagina dengan pelbagai alasan. mampukah anda untuk mengatakan tidak? sedangkan induce adalah big no bg mereka yg ingan Vbac (google kenapa). atau hospital yg terikat dengan prosedur tertentu yang tidak membantu proses kelahiran secara alami seperti ikat kaki ibu keatas sms proses bersalin dll. sedangkan posisi terbaik bg proses kelahiran bukanlah posisi berbaring apatah lg berbaring dengan ikat kaki ke atas..adoi, tak dapat aku bayangkan.

4. ilmu. aku mula membaca tentang tips2, bahan bacaan berkenaan kelahiran yg sudah tentunya dikeluarkan oleh mereka yang bertauliah. juga mula plan tentang kelas yg boleh diambil jika aku mampu dari segi kewangan dan juga masa. selain itu, aku juga dah melantik seorang mentor.hahahaha..poyo sungguh aku. yelah, kat sekolah dulu2 kan ada program mentor mentee kan. jdnya, untuk VBAC ni pun adalah mentornya.hehehehe. selain itu, aku join support group di FB iaitu gentle birth & Ican/Vbac. kat sini aku dpt byk ilmu melalui admin dan member group. mereka mmg ohsem~

5. senaman. aku juga dah mula buat senaman2 ringan yg bersesuaian untuk ibu mengandung terutama yg boleh membantu proses kelahiran. anda boleh google shj n tengok kat youtube utk practice. tp kalau rasa tak yakin, takyah buatlah takut bg kesan tak baiklah pulak kan. sebab yg thorbaik kan ada guru depan mata. Boleh baca tentang kebaikkan senaman untuk ibu mengandung disini dan antara jenis senaman yang boleh dilakukan oleh ibu mengandung kat sini :)


doakan aku berjaya insyaallah. korang boleh survey website ni untuk tambah ilmu k. vbac full with lovessss


Diingatkan: semua praktis/info yg ditulis disini bukanlah merupakan nasihat perubatan, menidakkan keperluan nasihat/tindakan perubatan dan bukan untuk digunakapakai untuk semua orang. Ia hanya post peribadi yg ingin dikongsi semata2.

Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...