Thursday, October 31, 2013

Job Rotation

best tak dengar tajuk tu?

macam best jek kan. semalam aku dah jumpa hr aku. cop tmpt yg bakal kosong.
buat operationlah pulak. takdelah excited sangat tapi kalau dapat bestlah jugak.

apa yg best?
yang pertama. post tu takde staf. aku kalu bleh taknak ada staf lah. bukan aku kata staf aku skrg ni x bagus tapi aku tak tertanggung akan tanggungjawabnya. besau tanggungjawabnya tau..ko tahu berapa org staf aku? dulu 7 org sekarang ni dah kurang jd 4 org..AKU TAKNAK STAF!

yang kedua. dah cukup aku melayan org selama ini. sudah cukup sudah..sampai disini saja..korang takkan tahu tahap "seronoknya" aku melayan masalah/pertanyaan org ni. tmpt operation pun akan layan org gak tapi lain boh..

yang ketiga. sekali sekala aku nak kuar awal pegi makan. kat sini aku kena strict sbb aku ada staf yg kena follow betul2 masa operasi. aku kenalah bg contoh tauladan yg baik utk team aku..uhu

yang keempat. aku ni tak sesuailah ada staf. aku tak pandai nak handle org. siyes oo...sian dorang..

tak bermakna aku nak keluar dr tmpt aku sbb aku tak suka tmpt aku. aku suka aje. banyak perkara yg menjadikan aku seorang aku disitu. apakah antaranya?

yang pertama. aku jd seorang yg boleh bertenang. yezza, bertenang adalah sesuatu yg mesti dibuat apabila meng handle masalah. aku pernah menjawab panggilan drpd reporter yg nak kuarkan artikel tntg majikan aku. tapi akhirnya dia minta maaf kat aku slps dgr kata-kata ajaib aku <----poyo tak? bukan setakat itu, aku juga pernah uruskan pelanggan yg dtg dgn lawyer. pelanggan yg nak tembak staf aku..uhu..inilah antara rencah kehidupan aku.

yang kedua. aku jadi seorang yg berdikari. why? yolah, kat sini aku takde manager. terus direct kat agm. ada 7 org staf. melalui proses peralihan bbrp perubahan dlm TM ini. aku kat sini kena menjawab bukan setakat pelanggan biasa tau, lawyer, manager, general manager hatta ceo company..ko kena stand in front of your staffs ok. apa yg tak kena, ko kena jawab dulu.

yang ketiga. aku jd seorang pencari. aku dulu lampi sikit. apa yg bos ckp je aku tahu. skrg ni, ko kena baca & kaji. kena pikir apa impact pada team ko dan pelanggan ko. kalu ko lambat, maka ko akan menyusahkan team ko ok.

dan macam-macam lagilah.

aku cuma berdoa. Allah bagi yg terbaik untuk aku. Dia yg maha mengetahui segala-galanya..

Wednesday, October 23, 2013

kau kalis api neraka????

sentap tak baca tajuk??? (T_T)

aku terbaca ayat tu dalam fb- masa admin page tunjukkan gambar percutian seorang anak menteri dgn perempuan yg dikatakan telah membeli rumah jutaan ringgit wang rakyat dan lain- lain hallah..tntg dia aku taknak komen yg aku nak komen tentang ayat tersebut..

kau kalis api neraka???

bila terbaca tu, aku sgt terasa...sentap..tajam menusuk hati..uhu...
aku duk sibuk kejar cita-cita dunia. dalam kerjaya juga dalam keluarga..
tapi kuatkah usaha aku untuk kehidupan abadi disana???
arghhhh...getar juga hati ini bila memikirkan kalu masuk neraka..kalau mati tetiba
beribu tahun tak kuar kena seksa.pintu taubat pula dah tertutup..
kalau ada yg mendoakan alhamdulillah..kalau takde??lu pikirlah sendiri

mulai hari ini, aku harap diri aku, ahli keluarga aku dan semua yg baca..errr..aku rasa takde sape yg baca..
mulalah berusaha untuk bahagia disana..insyaAllah.
susun semula jadual agar kita boleh beribadat

ingatlah
harta kita yg sebenar adalah yg kita infaqkan bukan yg kita simpan
matlamat kita sebenarnya adalah akhirat..dunia hanyalah persinggahan
masa lapang kita adalah masa solat dan ibadat kita..bukan kita kena tunggu masa lapang baru nak solat dan beribadat..

subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar..
matikan kami dalam iman ya allah
selamatkan kami dunia akhirat ya allah

Sunday, October 20, 2013

resepi sambal terung simple

salam,

alhamdulillah semalam iman dah agak sihat. sempat nak masak2. ni nak share resepi terung sambal.

1. terung - potong
2. ikan bilis
3. cili kering -blend
4. air asam jawa
5. garam + gula

cara masak:

goreng ikan bilis dan terung secara berasingan


pastu masak cili kering yg dah diblend. serasikan dgn air asam jawa + garam gula

lepas pecah minyak- campur terung & ikan bilis. masak seminit dua- hidang!!

Friday, October 18, 2013

Impianku dulu dan kini

impianku pernah setinggi bintang dilangit..
ingin menyentuh cahaya kelipan bintang..
impianku pernah belajar sedalam lautan..
ingin menyentuh dasar rahsia lautan..


iya..itulah cita-cita aku dulu.
nak jd org terhebat.
belajar setinggi yg boleh-sampai phd ambik Acca malahan nak jugak capai cita2 lama aku: menjadi seorang DOKTOR!
aku juga dulu berharap akan menjadi seorang negarawan yg dihormati.
tapi sekarang ni entahlah..
aku hanya berusaha untuk jd surirumah berkerjaya! hebatkan?
bukan aku tak suka keje..aku suka..aku sukakan cabaran walaupun kdg2 dgn sedikit kemalasan
aku memang suka bekerja, masa aku belum kahwin aku suka sgt2 keje kecuali errrr....itu je aku tak suka..

tapi skrg ni. bila dah anak.
aku rasa mcm nak duk rumah. tapi taknak duk rumah saja. nak duk rmh tp ada kerjaya.
aku tengok ramai kawan2 aku yg begitu..alhamdulillah ok aje..
aku ni ada kontrak sbb ada perjanjian darah antara aku dan majikan aku. perjanjian darah?? yolah, sebab aku makan duit yg dorang bg (biasiswa) jd darah daging aku lah..poyo tak aku??

ada kakak sorang kat opis..
bila dia dgr aje aku nak benti suatu hari nanti, terus dia kata jangaaaaannnnnnn....
nnti kalau jd apa2 mcm mana??skrg ni susah nak cari keje.
kalu bercerai ke mati ke..mcm mana??
dia kata kalau dia takpelah, dah ada simpanan, saham, rumah sewa bagai..itupun tggu smpi bersara..
entahlah, bg aku Allah yg memberi rezeki..
iye, itu sbb kita berkerja tapi bukan majikan yg bagi kita rezeki..masih Allah yg bg kita rezeki..
ingatan ini utk aku spy jgn lupa...
aku tak kata yg dia salah tp aku lebih yakin akan konsep tawakal.

kenapa aku nak duk rumah???
aku rasa bg para ibu mgkn faham apa yg aku nak katakan ini..ciwah~
aku tak smpi hati lihat anak kecilku yg kurang sihat ttp dihantar ke taska
aku tak smpi hati tengok dia menunggu hgg malam hari bila aku dan hasben tersangkut jem/byk keje
aku tak smpi hati bila taska bgthu anak aku sanggup kelaparan bila ebm dah hbs dan aku belum ambik dia lg & dia taknak minum formula
aku tak smpi hati bila taska bgthu anak aku mula cubit org bila ada org pukul dia sbg balas dendam atau cara dia survive
dan byk lagi....lagi..lagi..

aku tak merungut keadaaan skrg..
alhamdulillah dgn gaji aku, aku boleh bantu keluarga, beli brg yg aku nak, boleh bg pada yg memerlukan..
anak aku juga selamat dalam jagaan manusia lain..
suami aku juga akan membantu aku membuat keje rumah bila dia tengok aku dah kelemasan
cuma ak hrp suatu hari nnti aku boleh bg apa yg sepatutnya aku bg pada keluarga aku..aktif mmbantu masyarakat dll..

Wednesday, October 16, 2013

raya : demam : batuk : kahak

Salam.

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat hari raya korban. Korban bukan sahaja boleh dibuat pada 10 hb zulhijjah ye.

Raya ni Iman demam, sikit selesema n batuk. jd aku nak share petua bg demam, selesema n batuk ni selain drpd bg ubat pada budak2. Ingat ye...ubat batuk, selesema xleh bg pd budak 2 thn me bawah ye. Ubat demam ok tp pastikan kuantiti dan jenisnya adalah yg dinasihatkan & dibenarkan oleh doktor yg dipercayai..(haa..ada sbb yeh aku sebut doktor yg dipercayai.tp lain kali citerlah..)

1. kunyit (petua abah aku)
gosok ibu kunyit kat lesung. ambik hampas kunyit tersebut sapu di batang hidung, dahi dan ubun2. kunyit bersifat mcm pembunuh kuman semulajadi..

2. Bawang putih (credit to Grup Nutrisi Remedi Alami Malaysia (GNRAM)
bakar bawang putih kat dapur. aku cucuk bawang putih tu dengan garpu pastu panggang. masa bakar ni takyah kupas. bakar dengan kulit2 sekali. bila kulit dah hangus, sejukkan pastu buang kulit. korang nak buang kulit terus pun takpe tapi pastu sakit sendirilah ye.hohi. kemudian penyekkan dia dengan minyak masak/minyak kelapa etc. aku guna vco.


bawang panggang yg disejukkan


bawang + vco = sedia untuk disapu

perlu diingatkan bahawa bawang putih ni panas. jadi kalau nak sapu pada baby atau yg tengah demam tu sapu sikit2 ajelah ye. nanti kepanasan pula dorang..

bawang putih ni sangat bagus. sebab dia anti bakteria. digunakan zaman berzaman untuk perubatan..errr..kalau org kena rasuk pun ada guna bawang putih kan????ehe

selain buat ramuan minyak, banyakkan juga bawang putih dalam makanan anda/anak. contohnya kalu demam, buat sup ayam rebus ayam terutama part tulang2 tu sbb mak kata part tu banyak sum2 yg bagus utk kesihatan..buh bawang putih banyak2 dan halia. biasanya kalu ayam kat rumah sendiri beli ayam kampung organik. beli dipasar seksyen 1, bbb atau di azzain. harga??? mahallah jugak bg kami ni...mcm beli daging kambing pun ada kadang2..ehe. tapi ayam skrg ni kan semuanya pakai botox demi kecantikan.ayam pun nak cantek.klas kau..sbb tulah kitorang kalu tak sihat beli ayam organik ni. kalu tak mkn aje apa yg ada.


3. habbatusauda
yg ini mmg bagus untuk kesihatan. sama juga mcm bawang putih, dia juga bersifat panas. kalau nak bg pada baby/anak2 agak2 noh. aku beli yg jual kat kiosk kat supermarket. dari turki. skrg ni habbatussauda ni jual merata2 dah. beli aje samada yg dah ekstrak jd minyak atau biji. serbuk pun ada tau..


4. Qaseh Gold
ini adalah supplement kami sekeluarga. iman memang makan ini. alhamdulillah dia serasi dengan qaseh gold ini. bukannya kata tak sakit langsung..membohonglah..tapi tahap kesihatannya alhamdulillah makin baik..cuma yg pernah mencuba dengan konsisten sahaja yg mengetahui kesannya..lagipun iman sangat sukakan rasanya..yummy!! aku & hasben pun suka. aku dah jadi ahli, sape nak beli dengan harga aku bolehlah contact aku..ehe (ada iklaneka pulak). aku taklah bagi harga ahli sbb aku kena incurred cost lain tapi insyaAllah aku bg harga murah dari harga kedai. niat aku spy ramai yg memakan makanan yg disyorkan oleh nabi seperti kurma, habbatusauda, madu dan lain2..tapi of courselah kalau korang dapat makan yang raw lagi bagus. aku memang penjual tapi insyaAllah aku takkan menyorok fakta okeh (^_^)v


5. yang terakhir: DOA
yezza, doa adalah senjata umat Islam. Doakan shj pada Allah, insyaAllah allah akan bagi yg terbaik buat kita...

selain petua mak abah tok nenek aku, terdapat info diatas hasil googlelan aku dari beberapa website yang paling aku setia ialah Grup Nutrisi Remedi Alami Malaysia (GNRAM)juga. <--yg ini group fb aku tak boleh nak link sebab taip post time off hour..gotcha~~~

Saturday, October 5, 2013

Tips ke bandung

assalamualaikum,

10hb sampai 13hb Sept 2013 aritu aku, hasben n iman pegi melawat bandung, indonesia. saje nak share tips ke sana. idoklah hebat sangat tapi harap dapat membantu sape2 yg dtg jenguk blog usang aku ni..uhu


1. tiket: korang mmg kena beli lah. aku naik airasia..korang belilah time dia offer2 atau survey2 flight yg lain mcm malindo ke..

2. tukar duit:mula2 aku nak tukar awl2 masa rm tengah naik sbb dapat beli lebih byk rupiah. tp asyik tertangguh aje sbb kebizian yg tak dapat dibendung..last minuet gak lah beli. masa tu duit rm dah jatuh (T_T), geram jugak masa tu sbb tak beli awal2. tapi hasben kata rilek umi...rupiah tengah jatuh skrg..lagi jatuh dr rm..so time kitaorg beli tu dapatlah murah..rm290 utk 1juta..ini beli kat money changer kat midvalley. kat situ murah beb.

3. supir: yg ni korang kena book awl2 kalu nak pakai supir. kalu korang nak redah naik angkutan atau teksi pun bleh..tp kalu nak naek teksi pastikan naek teksi kaler biru nama blue bird. sbbnya teksi ni bermeter. kalu korang naek teksi lain takut korang yg kena sapu..uhu..sama gak kalu naik angkutan (mcm van naik reramai), tanyalah harga dulu sebelum naik..aku sbb ada anak kecik, aku ambiklah supir..siap pesan kete nak yg bersih ada ekon sbb anak ada broncholitis.kenalah jaga2 sikit..tp masa janji dgn supir ni kena ingat yg jam dorang awal sejam dr masa kat malaysia. contohnya korang naik flight kul 2, agak2 kul 4 jam kita sampai tapi korang kena bgthu kul 3. kalu tak janggutlah nak tunggu. dahlah airport dia tak sama mcm airport kita..nangislah korang terutama kalu dgn anak2 kecik..uhu. pastu kena pastikan perjanjian dgn supir ni kena jelas contohnya kalu aku aritu rm1juta utk full 1 day termasuk dgn tip. korang jgn terkejut plak sbb kat sana sume bertips tau. nak buat u-turn, ada org jaga lalu lintas tu pun kena bg tips. apatah lagi kalu parking...

4. budget: duit yg korang tukar jutaan rupiah tu baik korang buat budget siap2. aku n hasben selaku jurukira bertauliah mmg menitikberatkan hal ni kalu mana2 jalan sekalipun.uhu. sbb nya nnti kalu sangkut,nak mintak mana dik oi..sebelum pegi boleh aktifkan pengeluaran international mana yg ada cimb & maybank acc sbb kat sana ada. boleh call je svc center. berbanding korang nak tukar kat money changer baik buat mcm ni. haaa..ini nak ingatkan, time nak balik nnti kena (bagi yg balik dr bandung)bayar tax 75k seorang. jd asingkan siap2 yeh. satgi kalu dah hbs wit shoping takyah baliklah korang yeh.aku aritu asing2kan dalam sampul, duit belanja, duit hotel, duit tax, duit supir etc sbb takut terover.. aku sarankan korang bawaklah jugak duit singgit atau 50sen kut2 korang nak sedekah kat sana..yelah, apa salahnya bg pd yg memerlukan kan.

5. ubat-ubatan: kat sana aku tak nmpk pla farmasi mcm kat malaysia ni yg bersepah2. baik korang siap2 beli ubat sakit perut, demam etc. mcm aku aritu last day terkena ceri-beri, alhamdulillah ada ubat. hasben terdemam pun ada lah ubat. utk iman, aku bawak sekali Qaseh Junior. Alhamdulillah, dia paling ok. no demam, no sakit perut masa kat sana. pemakanan yg disarankan nabi pasti ada kebaikkannya


6. hotel: bab hotel ni korang bleh google jek. pilih mana yg berkenan. aku tempah kat orange homes. sbb dia kata muslim hotel. oklah setanding dgn harga. plak dia pun dia ada 2 jenis, satu plak indon yg bulat & 2 kaki dan satu lagi plak 3 kaki mcm kita ni. aritu ada pinjam kawannya international adapter tak pakai pun. satu lagi orange homes ni ada wifi..ehe. kalu korang nak shoping sakan kat pasar baru, cariklah area situ, senang nak ulang alik, shoping sampai pengsan kan.

7: planning: sebelum pegi korang buat lah research dulu nak pegi mana. tmpt yg korang kena pegi ialah tangkuban perahu, pasar baru (wajib), strawberry park,toko 3, donatello, rumah anak etc. tangkuban perahu mmg cantik..subhanallah..siyes cantik n sejuk. kalu ada anak kecik tu siap2 kan baju sejuk k. kat sana kena hati2 lah. supir kitaorg mmg siap2 pesan, takyah turun bawah (pegi tengok kawah dgn lebih dekat), jgn beli kat sana, tapi kalu nak beli takpelah, ckp makaseh sj pada yg mengikut disana pujuk rayu beli brg etc. kat sana, kalu boleh takyah pandang mata dorang sbb katanya ada yg pakai ilmu..uhu..nak mintak tolong tngkp gmbr pun jgnlah dgn penjual2 disana, sumenya bercaj ok. hatta kalu korang tanya dia tntg kisah tangkuban perahu tu pun nnti dia caj korang. korang google aje siap2 kat sini thtg sejarah sume tu..uhu.. planning ni termasukkan restoran mana yg korang nak pegi. planning aku pla tak berapa cantik sbb aku letak nak pegi pasar baru ari last. pastu dah tersakit perut n demam trus takleh shoping sgt..ada gaklah hikmahnya tu..uhu..syukur aku dah siap2 pegi rumah kain 1st day. adalah jugak buah tangan utk family. rumah kaki ni korang ckp je kat supir, tahulah dia. tp kain pasang dia dia jual 3.5 meter, bidang 60. kat pasar baru ada satu kedai nama sricinta kat lantai 6 area parking ada jual kain 4meter. sbb dia dah biasa dgn customer dr malaysia. cantik kain dia..penin nak pilih.

8. handphone: haaa..ini korang kena siap2 yeh. kat sana takde taw simcard cip utk smart phone (semasa aku pegilah). supir aku tu, ntah mana tah dia tahu, bleh potong simcard yg biasa tu utk masuk dlm smart phone. kalu korang ada yg lama2 tu bawaklah buat persediaan. nnti sampai sana dahlah takde simcard, nak contact supir pla tak dpt..susah..aku aritu takde simcard, just on wifi aje ms kat hotel.
javascript:void(0);
9. bekas air/tumbler: aku cadangkan korang bawalah. aku isi air dr hotel utk bawak jalan. taknak beli2. bukan kedekut tp sbb tak biasa kan..

10. keselamatan: ok, ini kena jaga yeh. beg korang takyah nak bawak beg tgn cantik2. bawak galas atau lebih baik sling bag tu. bak kata supir aku, di pasar baru pencopetnya ramai perempuan. yg lelaki pula bawaklah beg pinggang tu. bukan aku nak kata org sana tak baik..tidak..tp korang hati2lah..disana bukan tempat kita. anak pula, kalu ada anak kecik, pakailah baby carrier. tmpt yg ramai2 tu susah nak kejar2. takut syiok2 shoping smpi terlalai..nauzubillah...mak n ayah aku mula2 risau gak nak bawak iman ni takut kena culik. katanya takut dikatakan org kaya pelancong2..syukur semuanya selamat. selain daripada itu, kita sebagai hamba jgnlah lupa berdoa. amalkan ayat kursi keluar mana2, baca doa naik kenderaan, masa makan etc. jadikan Allah tempat bergantung. melancong itu mmg melancong tp jln lupa solat & jaga aurat ye. sekian tazkirah saya.

11. pakaian: kitaorag mmg tak bawak byk baju walaupun duk dalam 4 hari. pakai baju beli sana trus jek. ringan sikit beg kan?ehe. cuma iman ajelah bawak baju betul2 sbb takut kulit dia tak tahan pakai baju baru tak basuh. baby kan kita tak tahu alahan ke, ape ke.

12. kastam: jeng..jeng..jeng..kastam ni merujuk kepada kastam kat malaysia ye. aku ingatkan ye...yg ini korang cariklah maklumat lanjut yeh.ehe

okes, itu aje. tak tahulah kalu ada lg yg patut aku share.








Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...