Monday, November 15, 2010

resepi sempena raya haji~

Rendang ayam..nyam..nyam..
Directions

1) Ayam (500g)
2) Bawang merah (10 ulas)
3) Lengkuas (2 hiris)
4) Halia (2 inci)
5) Kelapa parut (1 mangkuk)
6) Serai (2 batang)
7) Daun kunyit (1 helai)
8) Asam (1 keping)
9) Santan pekat (4 cawan)
10) Pes cili (1/2 cawan)
11) Serbuk kunyit (sedikit)
12) Garam (sedikit)
13) Gula (sedikit)
14) Minyak untuk menggoreng 


Cara-caranya, gaul ayam dengan sedikit garam, dan serbuk kunyit dan perap seketika.

Panaskan minyak dan goreng ayam tadi. Goreng sebentar sahaja dan tidak perlu garing. Kemudian asingkan dan tos minyaknya.

Setelah itu, kisar hingga lumat halia, lengkuas, bawang merah yang dipotong kasar dan serbuk kunyit bersama sedikit air.

Kemudian, tumbuk kelapa parut hingga hancur sedikit.

Selepas itu, masukkan santan ke dalam periuk, diikuti dengan bahan-bahan yang dikisar tadi, serai, asam keping, pes cili, daun kunyit yang dicarik-carikkan dan kelapa parut yang ditumbuk tadi.

Kacau hingga sebati dan panaskan kuali. Biarkan mendidih dan kacau sekali-sekala supaya santan tidak berketul.

Kemudian, masukkan ayam, gula, dan garam. Kacau lagi hingga sebati.

Biarkan mendidih dan kacau sekali-sekala hingga kuah kering dan pecah minyak. Proses ini mengambil masa yang agak lama. Jadi bolehlah lakukan kerja-kerja yang lain sementara menunggu rendang masak.

Kemudian� bolehlah dihidang
Selamat Makan:)

esok raya (^_^)v

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”
 
Riwayat at- Tirmidzi 

Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: Sesungguhnya sudah menjadi kewajibanku berkorban seekor unta dan aku orang kaya tetapi aku tidak dapat mencari unta untuk dibeli. Orang itu diperintahkan oleh Nabi s.a.w. supaya membeli tujuh ekor kambing lalu disembelihnya”
 
(Ahmad dan Ibnu Majah)

esok merupakan 10zulhijjah 1431 hijrah..merupakan antara hari kemuliaan dan kebesaran bg umat islam..selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua..semoga makna dan hikmah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah dpt dihayati bersama..walaupun ada sedikit kepedihan dalam hati akan keadaan sekarang, namun aku rasa amat gembira utk pulang ke kampung..

oooo...oooo..balik kampung..ooo..balik kampung! hati riang~~
insyaAllah aku akn bercuti selama 2hari (khamis & jumaat) dan kemudiannya sambung sabtu dan ahad..dududuududu~~ ;)


Sunday, November 14, 2010

haiii..penatnya...

mmm...arine senin..rasa sungguh penat..mcm taknak keje jek..dahlah mcm2..uhu...
tp yg bestnya aku dah boleh masak tom yam!! best!!

Wednesday, November 10, 2010

Mari Cuba Ini (^_^)v -Kari Sardin-

bg sesiapa yg suka mkn sardin mcm sy bolehlah try masakan ini..cedap..lgpun takyahlah mkn kuah sardin yg byk dgn bahan perasa/pengawet tu.amacam?bagus tak?




Bahan -bahan

1 tin besar sardin cap King Cup
7 sudu makan serbuk kari ikan
5 ulas bawang merah dimayang
5 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia dimayang
sedikit serbuk cili 
2 biji ubi kentang dipotong petak
minyak untuk menumis
sedikit garam
sedikit perasa
sedikit asam jawa
santan
daun kari
air

Cara Memasak

1.Tumis bawang merah,bawang putih,halia dan daun kari hingga kekuningan.
2.Kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan air.Masukkan sekali ubi kentang.Kacau dan biar hingga naik bau.
3.Masukkan ikan sardin,air asam jawa dan kacau lagi.
4.Setelah itu masukkan santan,garam dan sedikit perasa mengikut citarasa anda.
5.Biarkan kuah kari ini mendidih hingga ubi kentang itu empuk.Akhir sekali tutup api dan siap untuk dihidang.

Monday, November 8, 2010

resepi utk hujung minggu ini..lalalala~~

hujung minggu ni rasa macam nak masak mknn yg berkhasiat, tak berminyak n senang bg org yg tak berapa pandai nak memasak mcm aku ni..uhu~~

Tada...ini resepi sy..Ikan rebus!



Bahan-bahan:
2 ekor Ikan kembung/ selar atau 1 ekor ikan bawal atau tenggiri
1 batang serai - diketuk
1 asam gelugur (asam keping)
Sedikit daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
2 cawan air

Bahan-bahan kisar/tumbuk/giling:
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi - tak perlu jika tak mahu pedas
1 cm kunyit hidup
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm belacan

Cara Penyediaan:


Satukan ikan bersama serai, air dan bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk/giling di dalam periuk dan panaskan hingga mereneh, anggaran selama 10 minit.

Masukkan asam keping dan daun kesum. Biarkan mereneh lagi selama 3 minit.

Tutup api dan hidangkan bersama nasi...pastu bolehlah makan...
senang kan? (^_^)v

Wednesday, November 3, 2010

sEsi PeRkEnAlAn~~

salam & selamat sejahtera semua,

hai, arini adalah ari pertama aku men'create' blog ni..sbnrnya dah lama aku nak buat tp asyik tertangguh aje..akhirnya terlaksana juga hasrat aku ni...apa yg aku nak buat dgn blog ni?? aku tak rasa org nak tahu sgt tntg aku & aku pom tak tahu nak citer aper tntg aku..aku rasa aku nak share mcm2 dgn korang mcm resepi, buku/majalah (bahan bacaan), berita dan macam2 lg..harapnya korang sudi2lah lawat aku punye blog selalu ye~~

Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...