kalau korang baca post aku yg sebelum ni
alhamdulillah, selepas aku dikenalpasti retroverted uterus (RU) aku disahkan pregnant. waktu tu aku tengah tunggu 1st day period utk set appointment treatment. sepanjang cycle tu, aku mmg tak fikir sgt tntg TTC, aku just fikir tntg untuk buat treatment aje. tp Allah tu kan maha kaya, dalam aku mengadu kepada dia, dia perkenankan dalam masa yang tidak disangka2. syukur Alhamdulillah..
dalam tempoh TTC ni, aku telah join beberapa group TTC dan kesihatan wanita yang berkaitan. disini aku mengenali golongan iaitu para wanita yang dalam penderitaan melawan sakit berkaitan organ produktiviti (rahim) dan juga golongan wanita yg inginkan zuriat.
wanita yang inginkan zuriat ini tak kira samada sudah lama berkahwin ataupun baru berkahwin memiliki perasaan yang tidak dpt kita selami 100%. ada juga dikalangan mereka yang melalui pengalaman yang kadang2 bila aku baca adalah sangat pedih dihati. dibenci suami, dikata saudara, tidak mengaku oleh mertua dan lain2. sungguh, aku merasakan sebenarnya banyaknya manusia ni tidak berperikemanusiaan dan zalim apabila bersifat tidak mempercayai bahawa rezeki itu ditangan Allah. janganlah salahkan sama sekali wanita2 berkahwin yang belum memiliki anak ini. mereka sungguh berusaha bukan sahaja utk kebahagiaan diri sendiri, suami tetapi juga keluarga dan org disekeliling mereka.sanggup ditebuk sana sini, sanggup telan itu ini, sanggup buat prosedur yang menelan belanja ribuan ringgit hanya untuk memiliki zuriat..malahan ada yg menemui Allah dimeja pembedahan..Allahuakbar..bayangkanlah sekali jika kita ditempat mereka..sanggupkah kita melaluinya?? kuatkah kita?? kadang2 apabila aku baca luahan dan kisah treatment mereka, aku menitiskan air mata. aku rasa, aku tidak mampu berada ditempat mereka.untuk jadi sekuat dan setabah mereka..begitu perit sekali..
aku juga sangat tidak bersetuju apabila ada kata2 "itulah, takde anak sebab kedekut" "..sebab panas baranlah"'..sebab miskinlah" atau macam2 lagi. percayalah, Allah sahaja yang tahu hikmah disebalik ujian yg diberikan. ada aje kita tengok org panas baran ada anak, org kedekut ada anak sama macam kita tengok org baik2 ada anak. cuba tengok saidatina aisyah, beliau juga tidak dikurniakan anak. nabi ibrahim juga dikurniakan anak ketika lanjut umurnya.nabi ayob diberikan penyakit kusta bertahun2. adakah kerana dosa mereka?? sudah tentu tidak, malahan mereka kita kenali jauh lebih mulia dari diri kita sendiri.. semuanya ada hikmahnya. ada sebabnya..kita tiada hak untuk memutuskannya kenapa dia belum dapat anak..please jgn hukum wanita ini. mereka sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian kita. kita raikan perasaan mereka yang rapuh itu dengan tidak mencerca atau menyindir mereka.
walaupun begitu, aku juga amat mengharapkan agar wanita2 ini terus berusaha dan sentiasa berdoa dan bertawakal. janganlah sama sekali tergelincir iman melalui hati, perkataan dan perbuatan dalam menempuh ujian ini. terus bersama Allah dengan mempercayai kehendak Allah..sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan maha penyayang..
astagfirullah...astagfirullah...astagfirullah...astagfirullah...astagfirullah...

No comments:
Post a Comment