Monday, February 16, 2015
Kehilangan
Umum telah mengetahui bahawa To guru Nik Aziz yang amat disayangi telah meninggal dunia pada 12 Feb 2015 yang lalu. Berita itu disampaikan oleh suami ku semasa aku sedang tukar baju anak di ruang tamu. dia yang dah masuk bilik masa tu terus keluar dan memberitahu aku akan berita itu. wajahnya kelihatan sugul, aku mengerti akan kesedihan yg dia rasai kerana aku juga merasai kehilangan tersebut. ye, berita tersebut membuatkan aku tergamam, tiada kata dan tiada air mata. suamiku terus masuk ke masuk ke bilik air dan kemudian menutup dan mengunci pintu bilik. aku mendengar dia mengangkat takbir...tiba2 air mata ku mengalir menderu. untuk melegakan perasaan, aku juga mengambil wudhuk dan menunaikan solat. aku panjatkan doa bukan sahaja untuk arwah yang pergi tetapi juga kita yang ditinggalkan...ye, kita telah kehilangan sebutir permata yang amat berharga sekali.
jenazah beliau dikebumikan pada keesokkan paginya. mendapat liputan secara langsung di RTM dan astro awani yang mana tidak pernah beliau untuk dapat liputan tersebut samada bagi memberi ceramah, dialog atau apa sahaja bentuk siaran. aku mengikutinya bersama air mata di opis. berderu2 air mata melihat puluhan ribu pengunjung menziarahi arwah. tok guru haji hadi yang mengimani solat jenazah juga kelihatan lemah kesedihan kehilangan mursyidul am pas ini. ucapan takziah diberikan kepada keluarga arwah bukan sahaja dari rakyat malaysia tetapi juga dari org bukan muslim, ikhwanul muslimin juga menukar gambar profile fb mereka kepada gambar arwah to guru, pemberian penghormatan oleh barisan ulamak, ucapan takziah daripada pm gaza dll. sungguh aku sebak melihat penghormatan kepada beliau walaupun beliau bukanlah seorang pm.
selepas kematian tok guru nik aziz ini, maka ramai yg menceritakan tentang kebaikkan beliau. semakin ramai yang mengenali dan mencintai beliau. itulah, kata org-kuda mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama..malahan kematiannya juga telah mengajar org tentang mendekati Allah. contohnya, cerita2 dari mereka yg pernah bermusafor dengannya tentang betapa beliau tidak pernah meninggalkan solat tahajud. org mula mencari info tentang solat tahajud dan cara bagaimana nak laksanakan. bilamana saya melihat posting ustaz zaharudin yg mengajak org solat tahajud- melihat kepada comments yg diberikan rupanya masih ramai yg tidak tahu tentangnya. malahan rasa ingin mencontohi perkara kebaikkan arwah tok guru ini seperti solatnya, perjuangannya, ikhlasnya malahan akhlak bersama ahli keluarga dan masyarakat mulai tersebar. allahuakbar, betapa aura seorang soleh itu menyinar walaupun selepas kematiannya.
selain rasa sedih akan kehilangan beliau, jauh disudut hati, aku juga merasa agak risau. siapalah agaknya yang anak2 generasi akan datang kenali? ulamak manakah? doaku, semoga allah menggantikan arwah tok guru dengan seseorang yg setara ataupun lebih baik lagi sebagai qudwah hasanah dan pemimpin insyaallah..
Wednesday, February 4, 2015
Bla..bla..bla..bla..bla..
Banyak cakap>banyak salah>banyak dosa>neraka tempatnya
sejak dua menjak ni aku merasakan yg aku ni byk sgt ckp. yelah, dulu aku keje dlm sebuah bilik dgn seorang staff sahaja bersama aku. tapi sekarang ni aku duduk ramai2 dalam satu ruangan.
aku pula suka sangat bercakap. macam2 lah cakap, kadang2 menyampuk pun ada. jadi aku rasa mcm tak best sbb aku rasa aku selalu melukakan dan membuat org terasa. begitu juga dalam group wassap dll. aku rasa apa yg aku ckp tu biasanya disalah erti oleh org lain sbb aku ni suka ckp selindung2 sikit, kadang2 sarcastik jugak dan kdg2 mmg aku fire aje kalau aku org salah. kadang2 aku ckp mmg betul tntg sesuatu fakta tapi risau jugak ada yg tak boleh ambil positif. tapi bagi aku, kenyataan tetap kenyataan dan aku tak boleh berdolak dalih sama sekali.
mungkin ada sesetengah org rasa ia tak mengapa, tapi aku rasa tak best. aku skrg ni suka duk senyap2 tapi kdg2 terkeluar jugak perkataan dr mulut aku ni. atoi~
Buat masa sekarang ni aku cuba taknak mengumpat dll. lagipun takut bagi aura negetif pada anak dlm kandungan aku ni..sian pula dia..
fokus pada kerja sendiri dan azam aku untuk VBAC, jadi isteri solehah dan ibu mithali insyaAllah..
Aku suka baca adab bercakap dari satu blog ni. korang bacalah disini

Tuesday, February 3, 2015
Pendidikan Anak
Assalamualaikum,
Alhamdulillah bulan Decemeber 2014 yang lalu, iman haikal telah menginjak usia 3 tahun. Dan 2015 ini usianya 4 tahun mengikut tahun kelender. Macam ibubapa yang lain, bila anak dah berusia 4 tahun ni, mulalah fikir nak sekolahkan anak ke tak macam aku. Memang yg dah plan nak sekolahkan anak2, bolehlah teruskan.
Anak2 generasi Z sekarang ni memang dapat pendidikan awal. Belum tadika dah pandai membaca. Nak masuk darjah satu pun kena ambil peperiksaan kelayakan (bagi sekolah swasta tertentu).
Untuk anak aku ni, aku tak masukkan dulu ke tadika utk 4 tahun walaupun sejak kecik dulu dia duduk di taska, kemudian bila kami berpindah ke kajang- dia di rumah pengasuh. Mula2 mmg cadang nak sekolahkan dia, tapi kawasan penempatan kitaorang tu tiada tadika yg terdekat. Agak jauh dari rumah. Ada sebuah tapi aku kurang berminat dengan sekolah tersebut atas sebab2 tertentu. Nak sekolah Jadi kami suami isteri mengambil keputusan untuk sekolahkan iman apabila dia berumur 5 tahun atas beberapa faktor terutama sekali faktor keselamatan.
Kami cuma:
1. daftarkan dia ke playgroup alimkids utk hujung minggu bagi 2-3 jam/sesi dan juga kelas renang.
2. kami juga mula merangka utk pembelajaran iman di rumah seperti melukis (baca menconteng), mewarna (baca menconteng juga), mengenal huruf, no, bentuk, warna dll dan start iqra tahun ni. Secara kesimpulannya, pembelajaran rasmi dirumah mula serius tahun ini insyaAllah, semoga Allah beri kemudahan dan kekuatan.
Alhamdulillah iman mmg dah boleh kira 1,2,3..10 (bm/bi) dan start abc dan aku mmg dah terapkan amalan membaca doa bagi perlakuan tertentu seperti masuk tandas, makan, minum, naik kenderaan, tidur sejak dari baby lagi. Mmg dia tak boleh baca pun lagi doa tu, tapi dalam dia mengomel tu adalah bunyinya. selain daripada itu aku baru nak start suruh dia suruh ikut sekali bila aku bacakan doa2 tersebut. Aku rasa patutnya aku boleh je start suruh dia ikut aku baca satu2 dari awal2. Tapi takpe, better late than never kan?
Bagi pendapat aku, ajaran dirumahlah yg paling penting. Maksud aku, aku menyokong pendidikan bermula dari rumah. Contohnya ada anak yg umur 5 tahun pakai pampers lagi tapi sekolah mahal2, macam mana? apa pendapat korang? Aku bukan mengutuk anak2 yg pakai pampers ke apa, tapi ibubapa kena mainkan peranan mendidik anak terlebih dahulu sebelum menyerahkan anak kepada sekolah. Apa salahnya anak 5 tahun pakai pampers? tak salah, tak berdosa pun. Tapi anak sebesar itu patutnya sudah tahu kenal fungsi tandas dan adab buang air. Kita zaman dolu2 mana ada pakai pampers ampai 5 tahun kannnn?? Aku kata ini bukan sebab iman dah free diapers tapi bagi aku itu tanggungjawab ibubapa yg kena mulakan pendidikan kepada anak2 mereka yg tak boleh diserahkan kepada sekolah. Sekolah tiada masalah pun nak ajarkan tapi fikirkan tentang tanggungjawab tu.
Di zaman yg serba canggih ni, aku cuma mengharapkan anak2 aku jd anak soleh yg berjaya dunia akhirat dan berguna untuk agama Allah, sihat, selamat dan bahagia selalu. Cabaran sebagai ibubapa sekarang sgt besar. aku tengok anak aku yg baru sorang tu pun aku dah rasa risau. sikit2 otoraman, sikit2 kartun. aku n hasben mmg kawal tv n gajet ni tp dia di rumah pengasuh boleh access benda2 ni..hanya Allah sebaik2 penentu atas rancangan kita.. Kita kena sentiasa buat yg terbaik. Aku ckp ni sbb aku rasa apa yg aku buat ni bukan yg terbaik. Tugas mendidik anak2 dari lahir sepatutnya oleh ibu dirumah bukannya di hantar ke pengasuh atau taska dan mengharapkan anak kita jadi seperti yg kita harapkan. Bagaimana mereka boleh membentuk seperti cita2 kita jika bukan kita yg membentuknya? Allahuakbar, besarnya tanggungjawab yg telah aku abaikan (bagi pendapat aku)..semoga Allah ampunkan dosa aku..

Subscribe to:
Comments (Atom)
Keguguran
Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...
-
Assalamualaikum, 22hb-26hb Oct 2014 aku cuti. sebabnya 22-24hb adalah forced leave syarikat aku. jadi aku mengambil kesempatan cuti lama t...
-
assalamualaikum, Hari ini aku nak share tentang website bank negara . macam bosan je kan??? ehe. aku sekali sekala bukaklah jugak.ehem. ...
-
Assalamualaikum kalau korang baca post aku yg sebelum ni (kalaulah) , korang akan tahu yg aku berTTC. actually aku berTTC ni dah hampir 2 ...