Monday, November 8, 2010

resepi utk hujung minggu ini..lalalala~~

hujung minggu ni rasa macam nak masak mknn yg berkhasiat, tak berminyak n senang bg org yg tak berapa pandai nak memasak mcm aku ni..uhu~~

Tada...ini resepi sy..Ikan rebus!



Bahan-bahan:
2 ekor Ikan kembung/ selar atau 1 ekor ikan bawal atau tenggiri
1 batang serai - diketuk
1 asam gelugur (asam keping)
Sedikit daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
2 cawan air

Bahan-bahan kisar/tumbuk/giling:
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi - tak perlu jika tak mahu pedas
1 cm kunyit hidup
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm belacan

Cara Penyediaan:


Satukan ikan bersama serai, air dan bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk/giling di dalam periuk dan panaskan hingga mereneh, anggaran selama 10 minit.

Masukkan asam keping dan daun kesum. Biarkan mereneh lagi selama 3 minit.

Tutup api dan hidangkan bersama nasi...pastu bolehlah makan...
senang kan? (^_^)v

1 comment:

Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...