Wednesday, March 16, 2011

alhamdulillah..

syukur..
dikesempatan menunggu suami tercenta siap keje utk balik bersama dapatlah update blog yg dah lama tak terupdate ni..

kali ini aku nak ceritakan tntg pernikahan aku yg baru berlangsung kira2 2 minggu 5 hari yg lalu (pada ketika tulisan ini)..

syukur sgt2 pada allah kerana memakbulkan doa kami utk bersama menjadi suami isteri yg sah..doa kami utk menjadi suami isteri dimakbulkan Allah..syukur..terima kasih tuhan..

terima kasih juga kepada ibu bapa kami dan keluarga kedua2 belah pihak yg telah bertungkus lumus membantu menjayakan majlis ini..tidak lupa kepada saudara mara & kwn2 yg hadir ke majlis meraikan kami..

sesungguhnya pada saat dan ketika ini, aku masih lg merasakan kehangatan tgn seorg suami ketika bersalam buat kali pertama selepas akad nikah..sungguh, hati ku sungguh berdebar2 dan amat gemuruh sekali ketika dinikahkan..rasa syukur yg amat sgt...apa yg aku ingin nasihatkan kpd sesiapa jua yg membaca tulisan ini, ikutlah apa yg telah agama kita tunjukkan pada kita tntg batasan lelaki dan perempuan yg bukan mahram..kita akan rasa betapa mendalamnya rasa bahagia itu..sungguh..perasaan itu takkan sama sekiranya sblm kawen lg kita dah biasa pegang sana, pegang sini takpun dah biasa pegang tgn..jgn ye..

teringat pada waktu utk menyerahkan mas kahwin, bersalaman dan menyarungkan cincin atau org melayu kita cakap sesi batalkan air sembahyang (waktu tu aku dah terkentut sbb terlalu gemuruh ble smpi masjid..uhu)..tgn aku menggigil..smpi bergoncang..uhu..sbb tak biasa sgt nak pegang tgn lelaki secara sengaja cam tu..uhu..waktu kenduri pun masih begitu smpi beberapa kali ditegur oleh makcik2..ehe (tp skunk ni sudah tentunya tidak..ehe~)

majlis kenduri kenduri kedua2 belah pihak back to back hari..kenduri sbelah perempuan pd 26 dan kenduri sbelah lelaki 27hb..sungguh indah sekali detik dan ketika itu..
pastu pada keesokkan harinya kami pulang kebangi sbb en wadud kena stat keje pada 29hb..mmm..honeymoon kami terpaksa dicancelkan oleh kekangan ini..walau begitu, takpe sbb yg penting kami dah bersama sbg suami isteri..

pada minggu pertama tinggal serumah, aku sering terperanjat apabila en wadud muncul atau panggil aku secara tiba2..yelah sbb sblm ni dah biasa duk sorg kat rumah tu tetiba ada org pla..terutama ble aku tengah terlalu khusyuk buat kerja, die balik dr surau aku tak sedar pastu tetiba muncul..pergh..kus semangat...Allah je yg tahu...tp lama kelamaan dah terbiasa..malah rasa lain pula kalu die takde kat rumah..windu~~ehe~~

harapan aku semoga Allah menjadikan rumahtangga yg dibina ini sbgi baitul muslim yg diberkati & dikurniakan zuriat yg soleh & solehah insyaAllah..

akhir sekali kepada yg akan berkahwin, merancang utk berkahwin atau takut nak kawen atau apa shj ingatlah firman Allah yg sememangnya dan akan selamanya benar ini..

Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya,kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32).

yakinlah..aku mgkn boleh berkongsi sikit..dalam 3, 4 hari lg nak melangsungkan pernikahan, caterer kol kata die sponsor lauk ayam rm1500, aku just tambah rm500 aje..syukur kan? waktu tu aku mmg runsing sbb risau lauk tak cukup dgn budget yg tak byk mana..subhanallah..Allah lebih mengetahui tntg sesuatu..selain itu byk lg kemudahan yg Allah beri kepada kami melalui pelbagai cara..Alhamdulillah..sentiasalah berniat baik dan bulatkan keyakinan..insyaAllah..berdoalah byk2 sbb Allah yg memegang segala perbendaharaan dunia dan akhirat..(ingatan utk diri aku juga sbnrnya ni)...semoga Allah sentiasa menjadikan hati kita bersamanya dengan kebahagiaan dunia dan akhirat..

akhir sekali..doakan kami ye..agar bahagia, dipermudahkan dan sekeluarga sentiasa dijalan Allah insyaAllah..(^_^)v

No comments:

Post a Comment

Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...