Thursday, July 10, 2014

Syria & Palestin

Assalamualaikum

tulisan ini ditulis dengan penuh rasa kesyahduan. Palestin diserang bertubi-tubi bermula 10 Ramadhan sehingga hari ini, 12 Ramadhan.

sedih sungguh rasa hati ini. lagi pilu bila tengok kanank-kanak yang menjadi mangsa. alangkah baiknya jika semua umat islam bersatu menentang penzalim ini. bayangkan semua pemimpin negara islam bersatu menentang mereka, menghantar ketenteraan membantu umat islam. saya yakin dan pasti kita akan menang insyaallah..dengan izin allah

tapi apakan daya, pemimpin negera islam/kita lebih suka mengutuk aje tindakan keji ni. apalah nak jadi jika hanya mengutuk aje. cuba kita tengok, berapa lama org duk kutuk bos masing2, tak pernah pun bos tu berubah..uhu <----errr Disini aku nak share,apa yang kita sebagai org awam boleh buat? ini aku ada terbaca dalam FB aku tapi aku tak sempat copy paste. aku share isi kandungan sahaja k: 1. ambil tahu tentang isu ini. jangan tak ambil tahu tentang isu ummah. kalau kita boleh kenal pemain bola, kenal jenis handbag dan macam-macam lain kenapa tidak kita ambik tahu tentang isu ummah ini??? 2. sebarkan dan kongsikan isu ini dengan kawan-kawan, saudara mara dan sesiapa sahaja. gunakan medium yang ada seperti laman sosial, whatsup dan lain-lain supaya org tahu. walaubagaimanapun pastikan apa yang anda share itu adalah sahih dan bukan rekaan k. 3. bagi sumbangan. melalui siapa untuk anda bagi sumbangan? korang boleh salurkan kepada Aqsa sharif contohnya. ada juga aman palestin, syria care dan lain-lain. pastikan sumbangan anda itu disalurkan ke badan-badan yang ada kredibiliti dan amanah. insyaallah sumbangan itu sampai ke tangan mereka, saudara kita disana. bagi aku, kalau kita ada buang makanan sebab dah terlebih beli terutama masa ramadhan ni, maka kita ni sebenarnya mampu untuk bagi sumbangan, pls jgn bagi alasan k. inilah harta kita yang sebenarnya insyaallah.

4. Qunut nazilah. baca qunut nazilah ketika solat pada rakaat terakhir solat kita. tak tahu? boleh ambil dibawah. aku pun tak berapa hafal, selalu lupa2.. apa yg aku buat utk baca qunut nazilah masa solat walaupun tak hafal? aku print besar2 pastu letak kat tepi sejadah. jadi baca ajelah. inilah jugak cara aku hafal bacaan solat masa aku kecik2 dulu.



5. berdoa. doa memang wajib kita buat. doa senjata umat islam. doakan agar islam diberi kekuatan dan kemenangan. insyaallah.takbir!

pernah baca buku - mutiara 2 tok guru. dalam tu ada tulis (lebih kurang) perjuangan Islam hanya mengharapkan 2 kemenangan. 2 kemenangan itu ialah samada menang dalam perjuangan atau pun syahid bertemu Allah. subhanallah..

"siapa kita dibandingkan mereka??" semoga usaha kita yang sedikit ini dipandang oleh Allah insyaallah..

No comments:

Post a Comment

Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...