Sunday, October 19, 2014
Shopping
Assalamualaikum.
Hari ni aku nak cerita tentang shopping pula. siapa lah dikalangan kita yang tak suka shopping???mesti takdo kan. aku rasa lelaki pun suka shopping apa... tapi shopping yang dia punyalah kan.kalau perempuan suka shopping untuk semua orang dan untuk semua jenis barang..ehehehe
hari ni aku terjumpa gambar ni dalam newsfeed FB aku. tersentap sekali segala organ dlm badan aku. tapi aku rasa mmg betui apa yg dipesan tu.
cuba tengok kita yg terutamanya golongan wanita ni. pantang masuk gaji atau dapat duit mana. terus bukak website kedai mana2 nak membeli online. takpun dah rancang nak beli apa. dari barangan keperluan hinggalah ke kemahuan yang tak diperlukan.
sikit2 baju, sikit2 tudung, sikit2 shawls, sikit2 emas, sikit2 barang hias rumah. sampai kadang2 kita lupa apa keperluan kita sebenarnya. juga lupa siapa diri kita. kenapa aku kata lupa siapa diri kita? yelah. nak berbelanja barang kemahuan tu melebihi kemampuan. beli pakaian tak kesudahan sampai almari muntahkan balik baju tu. Tudung pulak bukannya satu tudung untuk 2-3 pasang baju tapi satu baju kena ada 2-3 tudung pulak yang matching.
alahai..sungguh membazir bagi aku. kita kena belajar berjimat. bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri jugak. untuk masa hadapan didunia dan akhirat. jangan kita menyesal kelak. ada ustaz cakap, bila matahari dah terbit kat barat yg mana masa tu pintu taubat dan ditutup dan amalan tidak dikira maka berduyun2lah org menyedekahkan harta mereka, memenuhi masjid dan bertaubat menyesali dosa-dosa mereka..
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261).
ini tips aku dalam menguruskan kewangan bulanan:
pendapatan-tanggungjawab (hutang+makabah+pengasuh)-simpanan-sedekah-belanja=simpanan utk perbelanjaan akan dtg.
sekarang ni ada mcm2 kursus kewangan yang kita boleh join dalam pengurusan kewangan. boleh jek google dan carik mana yang korang yakin.
akhir sekali, jangan berlebihan dalam berbelanja. ingatlah dunia ini hanyalah sementara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Keguguran
Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...
-
Assalamualaikum, 22hb-26hb Oct 2014 aku cuti. sebabnya 22-24hb adalah forced leave syarikat aku. jadi aku mengambil kesempatan cuti lama t...
-
assalamualaikum, Hari ini aku nak share tentang website bank negara . macam bosan je kan??? ehe. aku sekali sekala bukaklah jugak.ehem. ...
-
Assalamualaikum kalau korang baca post aku yg sebelum ni (kalaulah) , korang akan tahu yg aku berTTC. actually aku berTTC ni dah hampir 2 ...

No comments:
Post a Comment