Friday, December 5, 2014

Hutang?

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak share berkenaan hutang. ye hutang. sekarang ni semua org dah biasa berhutang. Yg baru grade dari universiti jika tiada tajaan mana2 ataupun bukan pembayaran sendiri automatik akan dicop sebagai penghutang dengan puluhan ribu ringgit. Malahan, punca terbesar golongan muda diwartakan sebagai bankrup adalah disebabkan hutang kad kredit.

Kenapa tiba2 nak cerita tentang hutang? sebab hari ni aku saja google tentang hutang negara. seingat aku masa pilihanraya tahun 2013 dulu hutang negara dalam 500++ billion. sekali hari ni aku tengok, hutang negara dah lebih 600++ billion.pergghhh..korang tahu tak billion tu byk mana? seribu juta taw atau ada 9 kosong. ko hado??

cuba korang baca sini: berita 4sept14

aku taknak komen tentang kenapa boleh jadi mcm ni? Tun Mahathir pun dah pernah highlight bahaya hutang negara ni. apa bahayanya sudah tentu boleh negara bankrup. korang tahu tak apa akan jadi kalau sebuah negara bankrup?

sekarang ini pula terdapat laporan bahawa duit ringgit jatuh menjunam lebih teruk drpd tahun 1997. tapi sampai skrg masih tiada pengumuman rasmi drpd kerajaan/pm. apa kesan ringgit jatuh? antaranya harga brg akan naiklah. mcm mana boleh naik? sbb byk brg2 dapur rumah kita mcm bawang, sayur, ikan, daging adalah import. bila nak import kan kena byr guna RM, bila RM dah jatuh bila tukar foreign maka kena guna duit yg lebih. mana pemborong nak charge balik kos ni utk menjamin keuntungan? pada penggunalah. sila tepek kepala masing2 ye. itu baru sikit, belum lagi tentang rezab negara. sepatutnya rezab negara adalah emas tp ntah sape yg cerdik pegi tukar rezab negara jadi dollar. mcm2 implikasi yg boleh berlaku.

kalau korang ingat sejarah tahun 1997, sejak kejatuhan ekonomi akibat rm jatuh itulah, expm dr mahathir mula bercakap tentang emas, dinar dan dirham.


jadi BAGI PENDAPAT AKU untuk aku menjalani kehidupan dinegara yg tidak menentu ekonominya dgn pimpinan negara yg aku rasa mcm tak boleh percaya sgt ni adlh sprti berikut:

1. byk2lah kan berjimat. belajar hidup dibawah kemampuan bukan ikut kemampuan. kalau korang hidup dibawah kemampuan insyaallah saving korang akan lebih lagi. usahlah nak perasan kita ni byk duit sgt mcm jotawan ke atau pm atau isteri pm okeh. kalau korang rasa korang dah kaya, cuba check dah pegi haji blum? kalau blum, maknanya korang masih miskin dalam dan luar. ingat pesan org tua2, jgn nak practice biar papa asal bergaya tuh. hidup dikelilingi hutang ajelah nanti.
2. convert saving korang kepada hartanah, emas dan dirham. sebab kenapa- inilah aje aset yg tak makan dek zaman. yes, ada naik turun tapi jangka masa pjg insyaallah akan stabil. ingat citer duit pokok pisang dulu? akhirnya jadi buat lap taik cicak aje sebab takde nilai. kalau zaman nabi dulu, 1 dinar dah boleh dpt beli seekor kambing, skrg pun masih dpt seekor kambing. aku tak nafikan yg kita perlukan cash, jadi korang simpan cash agak2 utk kecemasan shj. ada setengah org, simpan 3 bulan gaji, tapi aku setakat sebulan gaji je, sbb insyaallah medical card, staff benefit boleh cover part kesihatan jgka masa pendek. dan selebihnya doa byk2 moga dijauhkan musibah insyaallah.
3. kalau boleh, elakkan hutang terutaman hutang peribadi. kalu hutang rumah tu korang pilihlah baik2. pastikan korang tak terjejas kalau blr diumumkan naik. kalau dah terhutang tu, doalah byk2 agar diberi kemampuan untuk menyelesaikannya.
4. bykkan bersedekah. ingat tentang perumpamaan sedekah yang mana ibarat benih padi akan mengeluarkan byk tangkai dan stp tangkai akan mengeluarkan byk padi.insyaallah
5. doa. ye, doa. doa akan dicukupkan rezeki dan dipermudahkan urusan. tak lupa kalau ada hutang, doa agar diberi kemampuan utk melangsaikan hutang. sebab apa? sepertimana sabda Rasulullah s.a.w

”Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum kepadanya selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya”.

Baca Sini

No comments:

Post a Comment

Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...