Monday, February 16, 2015
Kehilangan
Umum telah mengetahui bahawa To guru Nik Aziz yang amat disayangi telah meninggal dunia pada 12 Feb 2015 yang lalu. Berita itu disampaikan oleh suami ku semasa aku sedang tukar baju anak di ruang tamu. dia yang dah masuk bilik masa tu terus keluar dan memberitahu aku akan berita itu. wajahnya kelihatan sugul, aku mengerti akan kesedihan yg dia rasai kerana aku juga merasai kehilangan tersebut. ye, berita tersebut membuatkan aku tergamam, tiada kata dan tiada air mata. suamiku terus masuk ke masuk ke bilik air dan kemudian menutup dan mengunci pintu bilik. aku mendengar dia mengangkat takbir...tiba2 air mata ku mengalir menderu. untuk melegakan perasaan, aku juga mengambil wudhuk dan menunaikan solat. aku panjatkan doa bukan sahaja untuk arwah yang pergi tetapi juga kita yang ditinggalkan...ye, kita telah kehilangan sebutir permata yang amat berharga sekali.
jenazah beliau dikebumikan pada keesokkan paginya. mendapat liputan secara langsung di RTM dan astro awani yang mana tidak pernah beliau untuk dapat liputan tersebut samada bagi memberi ceramah, dialog atau apa sahaja bentuk siaran. aku mengikutinya bersama air mata di opis. berderu2 air mata melihat puluhan ribu pengunjung menziarahi arwah. tok guru haji hadi yang mengimani solat jenazah juga kelihatan lemah kesedihan kehilangan mursyidul am pas ini. ucapan takziah diberikan kepada keluarga arwah bukan sahaja dari rakyat malaysia tetapi juga dari org bukan muslim, ikhwanul muslimin juga menukar gambar profile fb mereka kepada gambar arwah to guru, pemberian penghormatan oleh barisan ulamak, ucapan takziah daripada pm gaza dll. sungguh aku sebak melihat penghormatan kepada beliau walaupun beliau bukanlah seorang pm.
selepas kematian tok guru nik aziz ini, maka ramai yg menceritakan tentang kebaikkan beliau. semakin ramai yang mengenali dan mencintai beliau. itulah, kata org-kuda mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama..malahan kematiannya juga telah mengajar org tentang mendekati Allah. contohnya, cerita2 dari mereka yg pernah bermusafor dengannya tentang betapa beliau tidak pernah meninggalkan solat tahajud. org mula mencari info tentang solat tahajud dan cara bagaimana nak laksanakan. bilamana saya melihat posting ustaz zaharudin yg mengajak org solat tahajud- melihat kepada comments yg diberikan rupanya masih ramai yg tidak tahu tentangnya. malahan rasa ingin mencontohi perkara kebaikkan arwah tok guru ini seperti solatnya, perjuangannya, ikhlasnya malahan akhlak bersama ahli keluarga dan masyarakat mulai tersebar. allahuakbar, betapa aura seorang soleh itu menyinar walaupun selepas kematiannya.
selain rasa sedih akan kehilangan beliau, jauh disudut hati, aku juga merasa agak risau. siapalah agaknya yang anak2 generasi akan datang kenali? ulamak manakah? doaku, semoga allah menggantikan arwah tok guru dengan seseorang yg setara ataupun lebih baik lagi sebagai qudwah hasanah dan pemimpin insyaallah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Keguguran
Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...
-
Assalamualaikum, 22hb-26hb Oct 2014 aku cuti. sebabnya 22-24hb adalah forced leave syarikat aku. jadi aku mengambil kesempatan cuti lama t...
-
assalamualaikum, Hari ini aku nak share tentang website bank negara . macam bosan je kan??? ehe. aku sekali sekala bukaklah jugak.ehem. ...
-
Assalamualaikum kalau korang baca post aku yg sebelum ni (kalaulah) , korang akan tahu yg aku berTTC. actually aku berTTC ni dah hampir 2 ...


No comments:
Post a Comment