Thursday, July 21, 2016

Terawih Ramadhan 1437H

Assalamualaikum,

Post ini ditulis pada hari sambutan raya di ofis. tetiba terkenangkan ramadhan yg telah ditinggalkan:( Lps tu ingat kenangan terawih dirumah bersama 2 anak lelaki.

Suami pergi berjemaah di surau/masjid berdekatan. bila dia bye2 aje, aku pun startlah persiapan: bawak si abang kencing, sapu minyak, tukar pampers bagai, bagi nenen kat si adiknya ajak tido..jarang sekalilah dorang tido sebelum pukul 9 tu.huhuhu.

jadi aku buat mcm biasa ambik wudhuk cepat2 start solat insyak dan terawih. solat terawih dengan ada bb ni selalunya akan drag. bukan apa baru nak start takbir solat terawih ada tarik kain mintak nenen, takpun melompat kat tepi nak beraklah. jadi bertabahlah...kikikiki

kadang solat kat dlm bilik tetiba senyap aje. budak2 kalau dorang senyap aje adalah projeknya..mcm projek ni:


time ni dah agak2 walidnya dah nak balik. kelam kabut suruh abgnya kutip balik. geram pun ye jugak sebab membazir sekotak tisu kan.aihhh..

malam lain pulak jadi gini pulak:


ada satu malam tu, aku dengar si abangnya duk syok sendiri main ultraman..duk eyah sana, eyah sini..lega lah nak solat sbb tak meragam dan rasa dorang tak buat projek yg boleh membisingkan walid dorang. kalau nak tahu walid dorang ni tak boleh tengok sepah2. aku agak, dia ada OCD lah..huhuhuhu.. tetiba perasan yang takde suara si adik, lps bagi salam, aku keluar bilik tanya : "iman, mana adik?" iman dengan slumber badak sumbunya "tu, kat tangga" waaa..aku pun kecut perut bila tengok adinya duk main kat tangga..just pegi pelan2 layan dia main pastu turunkan.

lps bbrp kali incident macam tu, aku pulak solat luar, 2 beradik tu pergi main kat dalam bilik..jadi gini pulak:


gigih dorang sepahkan brg dalam beg aku. ada bawak balik parcel minyak kelapa, buku dan flascard.

bila solat sekali dalam bilik, si adik duk merangkak depan akulah, tarik telekunglah, panjat aku masa aku rukuk atau tahiyatlah..macam2..pendek kata tak kira apa, tak kusyuklah tapi kita usaha dan buatlah sebaik mungkin. yelah, ramadhan kan setahun sekali. entah jumpa lagi ke tak kita tahun berikutnya..Allahuakbar..apa2pun aku bersyukur berpeluang menjalani ibadah puasa bersama suami dan 2 anak ini serta keluarga.alhamdulillah kami semua masih bersama menyambut puasa dan raya...

Memang kita sebagai mak2 ni akan rindu sgt nak solat di masjid, tadarus dan sebagainya. Tapi bila fikir2 balik, solat wanita lebih baik dirumah tambah lagi dengan anak2 yg baru nak membesar, kita duk rumah ajelah. tambah2 lagi tengok cubaan menculik budak di masjid di kelantan semasa solat terawih sgtlah menggusarkan aku. apalah nak jadi pada dunia kita ni...astagfirullah...

dikesempatan ini, ingin mengucapkan selamat hari raya. maaf zahir dan batin. ambillah apa yang baik dan tinggalkan apa yg buruk dari blog sy ini.

No comments:

Post a Comment

Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...