Thursday, January 5, 2017

Adakah Kau Lupa

Post kali ini aku nak share tentang perkongsian aku dengan anak2 tentang isu di negara Islam yang ditindas seperti Palestin, Syria dan Rohingya.

Kami pernah membawa Iman semasa berumur hampir 3 tahun setengah ke perhimpunan aman menyokong Palestin di Dataran Merdeka. Berkongsi dengannya bagaimana ingin menolong Palestin/Gaza seperti bagi sumbangan, melalui doa dan perbuatan boikot. Korang mesti fikirkan macam mana nak kongsi dengan anak2 kecik tentang sesuatu yang serius seperti itu kan? Aku cuma sampaikan dalam bentuk penceritaan yang bersahaja. Yang penting jangan sama sekali memandang rendah pada mereka, kalau kena dengan isi dan gaya penceritaan mereka akan dapat tangkap dan ingat dalam hati dan fikiran mereka.InsyaAllah

Contohnya tentang isu boikot: Bila nampak restoran M dia akan ckp burger M tak boleh makan sebab bagi sumbangan untuk membunuh. Tidak dinafikan, pada mulanya dia salah faham tentang isu sebenar. Pertama kali, dia cakap (lebih kurang) kedai ni tak boleh makan sebab nanti kena tembak. burger M ni jahat. Takpe, kita betulkan tentang perkara sebenar dan kalau dalam kes ini bagaimana rangkaian restoran ini memberi sumbangan kepada Israel yang membunuh umat Islam di Gaza/Palestin.




Cuti sekolah December baru ini, kami dirumah buat kad menyokong Syria dan Rohingya.


Selain daripada itu, aku tunjukkan video tentang keadaan di Syria. Walaupun aku memang follow page2 NGO yang membantu Syria ini tapi jarang sekali menonton video keadaan disana sebab confirm aku akan menangis sebab sedih sangat...huhuhuhu. Jadinya, masa tengok video ni memang berderai2 lah airmata. Dan aku lagi tersentuh bila Iman cakap "Umi nangis ke? takpe, biar Iman dengan budek (sepupunya) lawan askar jahat ni"..

Baru ini, sedang aku berperang di dapur manakala Iman dan Umar sedang main di depan tv yang terpasang Berita pukul 8 tu. Tiba2 Iman jerit, "Umi, dia cakap Syria. Aku pun kedepan untuk meraikan dia. Bila tengok tv cerita tentang Syria tu dah tak ada, rupanya sedutan berita pendek tentang luar negara. Iman bagitahu aku yang Syria kena bom. Kemudian kami sama2 mengangkat tangan mendoakan umat Islam di Syria.MasyaAllah..

Kami suami isteri berpendapat bahawa perlunya kami untuk mendedahkan anak2 tentang jihad dan ukhwah islamiah disamping ilmu2 dan adab yang lain. Hal ini kerana, kita berada di akhir zaman dimana kita terperangkap dalam kepungan penyakit wahn(cinta dunia dan takut mati) yang menyebabkan umat Islam yang banyak seperti buih tetapi dikerumun oleh orang kafir seperti mengerumuni makanan.

juga ingin mengajar anak2 bahawa dunia ini tidak seindah yang mereka lalui, ada peperangan, ada kemiskinan dan berbagai kesengsaraan yang mereka tidak ketahui. Agar mereka faham tentang bersyukur, tidak membazir, bersedekah dan berdoa memohon pertolongan Allah.


Antara doaku sejak Iman Haikal dalam perut lagi agar kami dan keturunan kami sebagai pejuang agama Allah. Jika pada zaman kami atau zaman keturunan (anak cucu) munculnya Imam Mahdi melawan pemerintahan Dajjal maka jadikan kami dan keturunan kami sebagai tentera yg berada di jalan yang lurus Insyaallah..

Post ini ditulis pada hari Jumaat yg digalakkan untuk membaca AlKahfi sambil dengar Nasyid Adakah Kau Lupa nyanyian Alarm me.bersemangat teman.hehehehe

No comments:

Post a Comment

Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...