Wednesday, June 14, 2017

2 Tahun Penyusuan Umar AL Faruq

11 Ramadan. Sempurna sudah 2 tahun tempoh penyusuan Umar Al Faruq. Alhamdulillah..

Pagi tadi masa keluar rumah, walid cakap rasa macam tak sempurna aja tiada bag yg perlu disimpan dlm tempat simpanan motor ni😌

Bila sampai office, umi pula emosi bila tiada lagi beg pam yg perlu diangkut. Tapi bila walid jawab "umi rehatlah" membuatkan hati umi syahdu..πŸ˜”

Ya, menyusukan anak memang memerlukan kos. Dari segi masa, wang ringgit, kefahaman suami isteri, sokongan keluarga dan rakan hatta kefahaman ditempat kerja. Alhamdulillah saya ada semuanya..

Mak dan mak mertua kedua2nya menyusukan anak hatta masing2 ada ebf anak sehingga ke tadika. masa tu tengok adik yg dah besar tu duk ngempeng rasa mcm nak sekeh aja tp bila dah jd ibu baru faham, bukan mudah sebenarnya untuk kita memutuskan penyusuan itu terutama dari segi emosi πŸ’”

Umar mula makan pada 10 bulan +-. Ada perkenalkan makanan pada dia sebelum tu, tapi hanya buat main shj. Jadi decide untuk biar dia yg putuskan bila dia nak makan. Ya, mmg dia teruja bila tengok org makan. Mcm nak masuk dlm pinggan kalau berhidang tu. Tapi keterujaannya itu sekadar perkenalan untuk dirasa2, dipicit2 dan dilenyek2. Mmg ada buat bubur dan puri bagai tapi dia tak hingin. Jadi sy biarkan shj tanpa paksaan sehingga dia sendiri yg nak makan tapi memulakan proses perkenalan itu dgn memberinya pegang makanan berbentuk asal (yg lembut) seperti sebiji pisang, sepotong betik dan seketul isi ayam. Dan akhirnya, bila dia mula makan, dia terus makan makanan biasa. Bukan puri, bubur atau makanan bayi yg lain. Tiada masalah memilih makanan atau memberontak tak nak makan. Oh ya, kecuali bila tumbuh gigi, dia akan kurangkan makan sebab giginya tumbuh 4 batang sekali (atas bawah kiri kanan)..sian anak umi....

Apakah yg membuatkan kami sampai sejauh ini? Keazaman! ya keazaman. Kalau org kata nak berjaya dlm proses penyusuan kena ada ilmu, bagi umi pula keazaman adalah yg pertama. Semasa anak pertama , taklah pandai sgt tapi adalah baca2 sikit dan pegi jumpa kaunselor susuibu.com masa mengandung tapi disebabkan tiada kerajinan dan keazaman walaupun dikurniakan hasil yg byk, umi tewas..Kali ini keazaman yg umi ada bukan shj dari dlm diri umi tetapi juga sgt byk yg umi terima daripada org sekeliling umi..keazaman ini mula disemai dr kelas persediaan kelahiran dan penyusuan yg umi, walid dan iman sekali sertai anjuran kak yat,

Lihat juga org yg tidak tahu pun tentang LDR, mastitis, supply & demand etc tapi boleh menyempurnakan proses penyusuan dengan mengikut fitrah seorang ibu yg melahirkan (terutama yg menjaga sendiri dan menyusukan anak secara terus tanpa penggunaan botol).

Keazaman, ilmu dan sokongan menjadi pemangkin untuk proses ini. Umi mengalami stress yg teramat sgt semasa stok susu habis selepas masuk kerja dari cuti raya tahun lepas. Masa tu, umar berumur setahun. Walid yg biasanya menjadi mangsa. Tak sengaja terjatuhkan cooler bag yg isi 2,3 oz ebm shj boleh buat umi melenting..huh, emosi beb masa tu. Tapi bila satu hari tu mcm biasa, umi berdoa minta dicukupkan susu umar, tiba-tiba jadi terpaku sebab yg umi nak ialah dicukupkan susu bukan nak buat stok. jadi dari hari itu, bermulah kisah kais pagi makan pagi, kais ptg makan ptg dgn agak kesabaran dan tak lagi mcm org meroyan bila fikir stok susu.huhuhu.. kenapa agak? sebab selepas daripada tu 2, 3 kali juga ckp dan bertekad nak berhenti. tapi ada aja dorongan secara langsung atau tidak langsung utk teruskan dan Umar pun memang reject bekalan "susu tambahan" yg umi cuba2 nak bagi.hahahaha.

Ingat lagi masa umi minta pam baru dari walid lepas sebulan masuk kerja guna pam zaman iman dulu. Bagi sebab berjela2 untuk merasionalisasikan harga pam rm700++ masa tu. Kebetulan ada sale di fabulous mom, walid kata jomlah beli. sampai kedai, biasalah umi tengok pam2 lain dulu. Macam biasa, selepas sesi survey dan dengar kata2 manis penjual, umi tukar fikiran nak beli yg lain (sedangkan sblm ni pun dah survey secara online.eh). Explain pada walid yg tengah kelam kabut jaga seorang budak umur 4 tahun ++ dan seorang bb 4 bulan++ dengan ramai org di kedai tu. Terangkan perbezaan spec kedua2 pam semua dgn pjg lebarrrr.. walid duk haaa..ok ja..kemudian umi bagitahu harga, yg umi nak sblm ni rm700++ yg ini rm420 (rasanya inilah info yg paling diperlukan oleh walid.kannnn..hahahaha.). walid tanya, jadi umi nak yg mana? umi nak yg ini yg rm420 ni. Umi nak yg rm420 ni? a'ah..yg ini..Ok proceed! umi pun terus pegi semula pada salesperson tu bgthu nak sementara walid masuk barisan untuk bayaran. dalam kereta, semua org keriangan. Umi dpt pam baru, walid berbelanja kuranggg dr budget, iman dapat mainan dan umar pulak dpt susu kemudian tido😘. Kan bagus buat survey dulu bagi pembelian gajet pam supaya tiada pembaziran. Mana kedai yg boleh bg cuba dulu tu lagi bagus. Sy ada yg tersilap beli selepas itu tp xpe, jadikan ia sbgi pengajaran. Sebab gajet pam ni bukan bergantung pada harga tp ats pengguna. Paling mudah sebagai 1st timer atau otai dlm dunia mengepam ni ada selera yg berbeza, jd tak boleh bergantung pd testimonial semata2.ok. untung kome, pembelian gajet mengepam dan aksesori tahun ini telah diklasifikasikan sbgi kos pelepasan cukai. Umi bbrp tahun dulu ada bg cadangan ni ms krjn kutip survey. Dan mmg selain umi ada ramai lagi yg fikir dan bagi cadangan yg sama bila umi baca2 cadangan yg berkaitan disitu. Kalau tak silap ms tu mengepam utk iman kut dan pam yg pakai bateri bagai tu semua mahal2 bukan mcm skrg byk pilihan dan mampu milik. Seratus dua ratus pun boleh dpt double pumping bagai.
Sblm kelahiran umar, mmg tiada bajet stroller ataupun tilam bantal ratusan ringgit. Tp dah set siap2 akikah, alat penyusuan (masa tu kos svc pam lama dan aksesori shj), deep freezer dan car seat sbgi 4 kos yg paling utama bg enam bulan pertama umar. Umi dan walid mmg mengumpul utk kos ini sejak tahu akan kewujudan umar. Ate, maklumlah, dua2 pun org akaun. Hasil, kos dan simpanan tu kena rancang betul2. Kos sebolehnya tidak menganggu simpanan dunia akhirat anda walaupun ia meningkat tidak selaras dgn jumlah pendapatan. Mcm mana nak buat? Cubalah hidup dibawah paras kemampuan, insyaallah kita akan rasa kecukupan..ok, umi dah melalut ckp tntg pengurusan kewangan rumahtangga.

Bila sebut tntg deep freezer, teringat satu perkara. Bagi umi sebagai ibu yg berkerja. Bila cuti bersalin dgn anak tu umi mmg mula buat stok slps dah rasi dgn kelahiran anak yg baru dan tempoh berpantang. Bukan ms awal2 kelahiran tp slps 5,6 hari bila supply melebihi demand. Yelah, bb baru lahir perutnya kecik aja, umi pula makan pantang yg opah masak berkhasiat susu pun byk boleh pam sementara anak tido tp xlah kejarkan sgt kuantiti, tiada jadual pam dan mengutamakan anak dahulu pam. Juga tiada stress dgn hasil dlm tempih percutian tersebut..cewahhh..tempoh percutian tu, almaklum org bekerja mmg kemaruk dgn cuti.hahaha Boleh rujuk post2 ilmiah tentang penyusuan dr puan fazi, kaunselor penyusuan secara percuma shj. .

Sebenarnya start puasa haritu umi dah bg susu tambahan (freshmilk lembu/kambing) pada umar selain teruskan mengepam tapi jadual sehari sekali shj. Kenapa? Kan lagi seminggu aja lebih kurang nak cukup 2 tahun? Sebab umi kurang sihat berbanding sblm puasa, bacaan white blood cell umi melambung ting2 dari max skala normal. Jadi cuba2lah rehatkan badan walaupun teruskan kehidupan mcm biasa tiada apa yg berlaku. Dr Aya ckp dlm salah satu kelasnya, isteri dan ibu jgn lupa sayangi diri sendiri. Anda merana fizikal dan emosi maka satu keluarga boleh jadi akan merana sekali. Sayangi diri insayaallah anda bahagia dan org sekeliling juga akan bahagia.

Rasanya ini kali pertama umi tulis pjg dlm fb. Sblm ini umi hanya menulis di blog rahsia shj. Tp, kali ni rasa mcm nak bgthu kat semua org pulak.hahahaha. semoga mana info yg baik boleh diambil pengajaran.

Akhir sekali, doakan iman, umar dan generasi seangkatan mereka jd hamba Allah yg budiman lagi soleh solehah. jd pejuang agama di jln yg lurus insyaallah..

Nota; umi sama sekali tidak mendiskriminasi mana2 ibubapa yg tidak melakukan apa shj yg umi lakukan utk anak2 umi termasuk tidak menyusukan anak mereka. Semua org ingin berikan yg terbaik utk anak2 ats kapasiti masing2. Moga2 Allah tunjukkan kita jln yg lurus menuju kejayaan.insyaallah.

Penghargaan kpd mereka yg berjasa kpd umi utk tempoh 2 tahun ini, umi serahkan pada Allah moga2 diberikan syurga paling tinggi disisi Allah..insyaallah..

...mungkin post ini agak mengelirukan dari segi pemasaan sebab ia ditulis dr 11 hingga 13 ramadan. Maaf ats kekurangan, umi malas nak edit. Hahaha. Ia hanya penceritaan secebis pengalaman umi dr tempoh 2 tahun ini. Umi teruskan direct feeding selagi ada kemampuan dan permintaan. Doakan berat tak naik ting2 jugak bila dah stop mengepam ni sbb kurang kalori dibakar.kikiki.

Ramadan kareem
Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...