Last posting tahun 2017. masa tu ada anak 2. Alhamdulillah sekarang dah 3 disisi dan 2 dah simpan. ye, ada 2 episod keguguran tahun 2018 dan 2021.
banyak yang berlaku sejak kebelakangan ini. suka dan duka. tapi alhamdulillah masih mampu berdiri. masih punya ibubapa, keluarga, tempat tinggal dan juga kenderaan untuk bergerak.
tahun 2020 pula menyaksikan kisah dunia dilanda covid19. umi dan jannah juga telah terjangkit pada may 2021. alhamdulillah kami kembali sihat sediakala.
bercerita tntg covid19 ni kan.
masa hujung tahun 2019. umi dah terbaca2 kes SARS illness di china. umi memang follow agensi berita luar negara. mmg suka baca berita dari dulu. masa zaman takde smartphone dulu, parents mmg beli surat khabar hampir setiap hari. jd dah ada internet kat tgn ni mmg follow lah berita2 dalam dan luar negara.
masa tu sebelum closing period dec tahun, ada bercuti ke pulau pinang. disitu memang ramai pelancong china. waktu tu, umi dah saspen. mmg selalu warning budak2 untuk jauhi dorang.hahaha. tambah2 lagi waktu tu ada bawa anak ke 3 yang baru umur dalam 5 bulan mcm tu.
balik cuti dan bekerja, bila naik public transportation. dah mula2 pakai mask. bulan jan tu mmg dah prepare stock beli mask, beli hand sanitizer young living, madu, minyak habbatussauda, vit c bagai. waktu tu who dah mula mcm kecoh sbb china tak provide info la ape bagai. hujung bulan jan 2020-ingat masa dtg opis untuk month end closing, baca berita yg wuhan dah lockdown dgn case SARS illness 3k++. video org kat jalanan rebah tiba2 mula tersebar. Malaysia mula kecoh2, gaduh antara netizen dan menteri bagai. kemudian, awal march negara lockdown. buka tutup dengan segala jenis pkp/pkpd/pk++ semua yang katanya untuk kesejahteraan rakyat dan negara.
pada mulanya mcm dec 2019 hingga ke may 2020 tu umi mmg agak paranoid dgn cerita ini. tapi lama2 kita learn dan relearn dan mula belajar byk perkara. makin lama, makin byk research yg dikeluarkan. dan kita bolehlah belajar dan ambil pengajaran mana yang boleh.
selain itu, umi juga sambung belajar di UMCEED. ambil sijil usululudin. rasa byknya yang tak tahu dan perlu dipelajari lagi. takut tengok posting2 di media sosial tntg agama. habis kecamuk. seronok sambung belajar walaupun kadang2 waktu closing tu ada kelas dan exam. moga dapat terus sambung belajar lagi dan lagi.
selain itu, mula juga berjinak2 mengembangkan rangkaian customer public gold. memang dah lama membeli emas dari public gold. tak silap dari tahun 2013/2014 mcm tu. public gold ni syarikat yang jual emas dapat emas. bukan syarikat peleburan emas yg scam org. insyaallah, setakat ini tak pernah lagi berlaku masalah.
umi berjual beli dgn PG ni dah lama. masa dinar 916 dan jual gelang tanpa upah harga RM110/segram.haha. sekarang ni brp harga segram emas 916 barang kemas? RM230/segram utk yg preloved tanpa upah tau. kalau barang kemas baru dah boleh cecah RM250/gram. kalau beli dari kedai yg ada upah lagi mencanak2.
bila baca umi dah membeli emas hampir 10tahun dulu jgn bayang emas dah setimbun kat rumah pulak.hahaha. umi beli dan jual. alhamdulillah boleh byr muka kereta, byr renovate rumah, byr kos perubatan ahli keluarga dan belanja sikit2. ya, waktu jual tu dah ada untung walaupun belum 10 tahun.
kalau nak beli emas fizikal atau bukan akaun GAP, bolehlah hubungi umi okay.
selepas tahun 2017 juga. hahaha. kami sekeluarga juga mula bercamping. mula camping sbb bila pegi berkelah aje rasa tak puas. jd beli serba sikit dan mula camping. seronok sgt. aman aje bila berdekatan dgn alam semulajadi yang tiada kesibukan melata.
mungkin nanti boleh buat perkongsian tentang camping juga kan?
rasanya setakat ini dahulu cerita umi. insyaallah umi sekarang ada byk masa. boleh update blog ini selalu.
terima kasih kerana membaca :)
No comments:
Post a Comment