Thursday, October 31, 2013

Job Rotation

best tak dengar tajuk tu?

macam best jek kan. semalam aku dah jumpa hr aku. cop tmpt yg bakal kosong.
buat operationlah pulak. takdelah excited sangat tapi kalau dapat bestlah jugak.

apa yg best?
yang pertama. post tu takde staf. aku kalu bleh taknak ada staf lah. bukan aku kata staf aku skrg ni x bagus tapi aku tak tertanggung akan tanggungjawabnya. besau tanggungjawabnya tau..ko tahu berapa org staf aku? dulu 7 org sekarang ni dah kurang jd 4 org..AKU TAKNAK STAF!

yang kedua. dah cukup aku melayan org selama ini. sudah cukup sudah..sampai disini saja..korang takkan tahu tahap "seronoknya" aku melayan masalah/pertanyaan org ni. tmpt operation pun akan layan org gak tapi lain boh..

yang ketiga. sekali sekala aku nak kuar awal pegi makan. kat sini aku kena strict sbb aku ada staf yg kena follow betul2 masa operasi. aku kenalah bg contoh tauladan yg baik utk team aku..uhu

yang keempat. aku ni tak sesuailah ada staf. aku tak pandai nak handle org. siyes oo...sian dorang..

tak bermakna aku nak keluar dr tmpt aku sbb aku tak suka tmpt aku. aku suka aje. banyak perkara yg menjadikan aku seorang aku disitu. apakah antaranya?

yang pertama. aku jd seorang yg boleh bertenang. yezza, bertenang adalah sesuatu yg mesti dibuat apabila meng handle masalah. aku pernah menjawab panggilan drpd reporter yg nak kuarkan artikel tntg majikan aku. tapi akhirnya dia minta maaf kat aku slps dgr kata-kata ajaib aku <----poyo tak? bukan setakat itu, aku juga pernah uruskan pelanggan yg dtg dgn lawyer. pelanggan yg nak tembak staf aku..uhu..inilah antara rencah kehidupan aku.

yang kedua. aku jadi seorang yg berdikari. why? yolah, kat sini aku takde manager. terus direct kat agm. ada 7 org staf. melalui proses peralihan bbrp perubahan dlm TM ini. aku kat sini kena menjawab bukan setakat pelanggan biasa tau, lawyer, manager, general manager hatta ceo company..ko kena stand in front of your staffs ok. apa yg tak kena, ko kena jawab dulu.

yang ketiga. aku jd seorang pencari. aku dulu lampi sikit. apa yg bos ckp je aku tahu. skrg ni, ko kena baca & kaji. kena pikir apa impact pada team ko dan pelanggan ko. kalu ko lambat, maka ko akan menyusahkan team ko ok.

dan macam-macam lagilah.

aku cuma berdoa. Allah bagi yg terbaik untuk aku. Dia yg maha mengetahui segala-galanya..

No comments:

Post a Comment

Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...