Wednesday, October 16, 2013

raya : demam : batuk : kahak

Salam.

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat hari raya korban. Korban bukan sahaja boleh dibuat pada 10 hb zulhijjah ye.

Raya ni Iman demam, sikit selesema n batuk. jd aku nak share petua bg demam, selesema n batuk ni selain drpd bg ubat pada budak2. Ingat ye...ubat batuk, selesema xleh bg pd budak 2 thn me bawah ye. Ubat demam ok tp pastikan kuantiti dan jenisnya adalah yg dinasihatkan & dibenarkan oleh doktor yg dipercayai..(haa..ada sbb yeh aku sebut doktor yg dipercayai.tp lain kali citerlah..)

1. kunyit (petua abah aku)
gosok ibu kunyit kat lesung. ambik hampas kunyit tersebut sapu di batang hidung, dahi dan ubun2. kunyit bersifat mcm pembunuh kuman semulajadi..

2. Bawang putih (credit to Grup Nutrisi Remedi Alami Malaysia (GNRAM)
bakar bawang putih kat dapur. aku cucuk bawang putih tu dengan garpu pastu panggang. masa bakar ni takyah kupas. bakar dengan kulit2 sekali. bila kulit dah hangus, sejukkan pastu buang kulit. korang nak buang kulit terus pun takpe tapi pastu sakit sendirilah ye.hohi. kemudian penyekkan dia dengan minyak masak/minyak kelapa etc. aku guna vco.


bawang panggang yg disejukkan


bawang + vco = sedia untuk disapu

perlu diingatkan bahawa bawang putih ni panas. jadi kalau nak sapu pada baby atau yg tengah demam tu sapu sikit2 ajelah ye. nanti kepanasan pula dorang..

bawang putih ni sangat bagus. sebab dia anti bakteria. digunakan zaman berzaman untuk perubatan..errr..kalau org kena rasuk pun ada guna bawang putih kan????ehe

selain buat ramuan minyak, banyakkan juga bawang putih dalam makanan anda/anak. contohnya kalu demam, buat sup ayam rebus ayam terutama part tulang2 tu sbb mak kata part tu banyak sum2 yg bagus utk kesihatan..buh bawang putih banyak2 dan halia. biasanya kalu ayam kat rumah sendiri beli ayam kampung organik. beli dipasar seksyen 1, bbb atau di azzain. harga??? mahallah jugak bg kami ni...mcm beli daging kambing pun ada kadang2..ehe. tapi ayam skrg ni kan semuanya pakai botox demi kecantikan.ayam pun nak cantek.klas kau..sbb tulah kitorang kalu tak sihat beli ayam organik ni. kalu tak mkn aje apa yg ada.


3. habbatusauda
yg ini mmg bagus untuk kesihatan. sama juga mcm bawang putih, dia juga bersifat panas. kalau nak bg pada baby/anak2 agak2 noh. aku beli yg jual kat kiosk kat supermarket. dari turki. skrg ni habbatussauda ni jual merata2 dah. beli aje samada yg dah ekstrak jd minyak atau biji. serbuk pun ada tau..


4. Qaseh Gold
ini adalah supplement kami sekeluarga. iman memang makan ini. alhamdulillah dia serasi dengan qaseh gold ini. bukannya kata tak sakit langsung..membohonglah..tapi tahap kesihatannya alhamdulillah makin baik..cuma yg pernah mencuba dengan konsisten sahaja yg mengetahui kesannya..lagipun iman sangat sukakan rasanya..yummy!! aku & hasben pun suka. aku dah jadi ahli, sape nak beli dengan harga aku bolehlah contact aku..ehe (ada iklaneka pulak). aku taklah bagi harga ahli sbb aku kena incurred cost lain tapi insyaAllah aku bg harga murah dari harga kedai. niat aku spy ramai yg memakan makanan yg disyorkan oleh nabi seperti kurma, habbatusauda, madu dan lain2..tapi of courselah kalau korang dapat makan yang raw lagi bagus. aku memang penjual tapi insyaAllah aku takkan menyorok fakta okeh (^_^)v


5. yang terakhir: DOA
yezza, doa adalah senjata umat Islam. Doakan shj pada Allah, insyaAllah allah akan bagi yg terbaik buat kita...

selain petua mak abah tok nenek aku, terdapat info diatas hasil googlelan aku dari beberapa website yang paling aku setia ialah Grup Nutrisi Remedi Alami Malaysia (GNRAM)juga. <--yg ini group fb aku tak boleh nak link sebab taip post time off hour..gotcha~~~

No comments:

Post a Comment

Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...