aku tengah mengantuk. sistem xleh bukak sbb disk korup & server team tengah betulkan <----aku pun tak tahu ape ke bendenya tp inilah yg team IT bgthu aku..uhu
aku nak citer tentang homeopati ni. actually aku pegi sbb aku selalu sakit belakang dan badan sebelah kiri aku selalu kebas2. muka aku sekali tau. aku dah pernah buat CT scan dan physiotherapy tapi xde perbezaan. aku try lah homeopati yg specialist saraf ni.
selepas sesi check tu, doktor kata penghadaman, kidney aku ok. Cumanya...jeng..jeng..ada lemak kat urat2 kecik bahagian jantung aku..perghh..takut kut...lemak ni bukan kat dalam salur darah tp meliputi kat luar jantung tu..korang nak tahu, masa sblm dia check tu, dia kata muka aku senget (tang bibir) sikit..siap dia ambik cermin lagi..waaa..scary nya..aku tak perasan la, hasben aku pun..tp dia yg first time tengok aku n mmg berpengalaman bab2 rawat org sakit saraf ni mungkin nmpk kut..uhu..
kat sini juga aku mendapat tahu yg sakit kepala yg aku selalu rasa tu kat area atas kepala tu menyebabkan tekanan pada uterus (jd jatuh sikit) dan juga bg tekanan pada pinggang aku. pastu dia kata, cuba tengok kasut akan ada haus sebelah side..memang pom!uhu...actually aku tak bgthu pun yg aku selalu sakit kepala tu. dia yg cakap betul tak puan ada selalu sakit kepala kat atas kepala 9sambil tunjuk area tu).
tekanan darah ambik 3 kali, tiga2 tekanan rendah walaupun aku dah baham nasi lemak n roti canai sekeping tengahari sblm pg klinik ni..
pastu dia kata, keje puan ni stress ni. hahahaha..memang pom (T_T). aku mmg tak nmpk stress dr segi luaran tapi dalamannya korang tak tau..hanya aku n Allah shj yg tahu..sob..sob..sob
selain drpd tu penggunaan badan aku mmg berlebihan walaupun tak bersenam. bukan itu shj, bmi aku pun terlebih.overweight..waaa~dia suh aku usahakan bagi 23.5 at least. berat aku masa kawen 55kg weeet..weeet~tapi skrg 63.5kg sama berat masa aku 9 bulan ngandungkan iman <----ini rahsia ye. manalah tak berlemak jantung aku, dah overweight pun aku.
aku juga mengalami sindrom kekurangan protein. sangat tak cukup. dia suh makan makanan yg berprotein seperti telur. ini mmg aku suka..ehe.
suh makan aku mmg laju.
yg tak bestnya, aku kena pantang goreng pisang, ayam goreng & teh tarik...daging merah pula 3 bulan sekali ok. padan muka aku. ini sume feveret aku (@-@)
aku kena makan ubat dia 3 bulan, pastu check semula. berdoa semoga kesihatan aku bertambah baik insyaAllah..
nasihat aku, kalu korang rasa something wrong dgn badan korang, cepat2 ambil tindakan okeh. jgn tunggu lama-lama.
oklah, sampai disini shj aku bercerita.apalah aku ni
kata nak citer tapi dan macam2 lagi plak
mood keje aku dah dtg, jd aku kena keje. bila lapang nanti aku citer lagi.
okes, sape yg nak try doktor ni bolehlah pegi tapi pastikan buat appointment dulu okeh. kalu tak tunggu sampai berjanggut pun takde org panggil ko.
klinik dia dalam perkarangan Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya (premis dia bawah sekali di bangunan depan masjid)
nama dia- doktor zaim zakaria
0169976946- ini mmg no dia taw
No comments:
Post a Comment