Friday, December 12, 2014

Ilmu Beranak!

Semua perkara dalam dunia ini memerlukan ilmu. tak kira samada ia adalah perkara baik atau jahat. contoh: nak makan ada ilmu.apa ilmunya? baca bismillah, tangan kanan, kunyah biar hancur spy baik utk penghadaman, makanan yang halal (kena ada ilmu mengenali makanan halal lagi), ilmu ckp alhamdulillah. contoh ilmu perkara jahat plak mcm mana nak sorok mayat ke, nak cungkil pintu rumah org ke. semuanya ilmu.

Macam tu jugak nak beranak atau bahasa lembutnya ilmu nak bersalin. iyo, nak bersalin pun ada ilmu. samada baca ke, pegi kelas ke, tengok youtube ke. sebab kenapa kena ada ilmu nak beranak? spy anda dpt beranak dengan selamat, dengan penuh jiwa dan alami gitu. lagipun skrg ni bukan aku nak kata tapi nak mengata jugaklah, kadang2 ada pengamal perubatan yang tergesa2 tidak mahu ibu2 melalui proses kelahiran secara alami..bukan itu sahaja keadaan yang tidak begitu menguntungkan ibu2 yang nak beranak ini juga sering terjadi terutama dari aspek layanan, nasihat yang betul dan lain-lain. aku taklah kata dorang menipu bagai, tp aku pasti ibu2 pasti mahukan proses kelahiran yang aman seperti tiada proses jolok2, tidak menjadi tontonan awam, mahu bersama anak selepas bersalin dan lain2.

masa kelahiran anak aku yg pertama (emergency cesarean section) akibat kurang air ketuban -->induce --->poor progress ---> cesar. aku tetap bersyukur dengan kelahiran ini kerana semuanya selamat. tapi prosesnya membuatkan aku trauma sebabnya aku pengsan bila proses mengeluarkan baby then bila aku terjaga aku tak jumpa anak aku. laki aku yg terchenta pulak nangis sambil cium dahi aku. aku rasa macam nak luruh jantung aku sbb fikir yang bukan2 tentang anak aku. alhamdulillah semuanya selamat. actually, cesar ni lebih byk risiko yanh dr kelahiran normal tak kira cesar kali pertama apatah kali kedua dan seterusnya. korang google lah sendiri.

aku akui, kelahiran pertama tersebut adalah akibat kecuaian aku dalam menuntut ilmu beranak. aku dari awal kehamilan hanya fikirkan tentang penyusuan, proses selepas bersalin dan keibubapaan. aku fikir takafullah, pengasuhlah, nak jd ibu mithalilah dll. kelas penyusuan aku pergi, segala artikel mak nenek tentang penyusuan juga aku baca, join group itu ini, beli alat itu ini. tapi aku lupa tentang kelahiran!!!!why!!!sedangkan proses penyusuan itu juga bermula dari proses kelahiran.

jadinya untuk kelahiran kali kedua ni insyaallah (doakan semuanya selamat & sempurna), aku bertekad untuk menggali ilmu sebanyaknya dan juga mendapatkan proses kelahiran idaman aku- gentle birth. insyaallah..doakan aku k. insyaallah aku akan share segala usaha aku by trimester okeh. actually, aku dah start baca sikit2 sejak aku berTTC hampir 1 setengah tahun yg lalu.tengok betapa semangatnya aku.ehehe yelah, korang tak rasa apa yg aku rasa semasa dan selepas operation hari tu. semoga Allah berikan keselamatan dan kebaikkan buat aku, baby yg bakal lahir, suamiku, anak sulongku dan keseluruhannya..insyaallah..

Allah tempat aku menaruh pengharapan




Diingatkan: semua praktis/info yg ditulis disini bukanlah merupakan nasihat perubatan, menidakkan keperluan nasihat/tindakan perubatan dan bukan untuk digunakapakai untuk semua orang. Ia hanya post peribadi yg ingin dikongsi semata2.

No comments:

Post a Comment

Keguguran

 Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...