Seperti yang dijanjikan hari ini aku nak share tentang usaha aku untuk Vbac. Ye aku dah 8 bulan mengandung. Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah kurniakan.
8 Bulan yang sungguh indah buat aku. err..aku tak nafikan akan cabaran untuk melaluinya tapi ia adalah detik sempurna bagi aku yang menunggu2 akan kedatangan anak kedua ini:)
apa yang telah aku usahakan setakat ini?
1. Amani Birth Class
Aku dan suami join amani birth class untuk sesi Feb 2015. Alhamdulillah banyak yang kami pelajari dan yang paling penting aku dapat mind set baru iaitu kelahiran bukan satu penyakit yang perlu ditakuti tapi adalah satu proses fitrah/semulajadi yang Allah kurniakan kepada kaum wanita yang diberi rezeki untuk mengandung dan melahirkan. Terdapat ramai instructor bertauliah unyuk amani birth class ni, tapi aku join kelas Kak Yat di Puchong. Ada kelas di Kajang tapi aku saja pilih Puchong sebab hasben akan terpaksa join sebab aku tak reti nak drive ke sana.ehe. Lgpun kak yat ni benarkan student dia bawa anak ke kelas jadi aku taklah sibuk nak fikir nak hantar mana buah hati aku yg sorang tu plus takde alasanlah hasben aku nak jaga anak kat rumah.ehe.
Dalam kelas ini juga diajar tentang posisi kelahiran, tentang hormon manusia, sedikit sebanyak sejarah perkembangan dunia perubatan tentang proses kelahiran, risiko sebenar kelahiran, momokan masyarakat atau dunia perubatan dan macam2 lagi. Selain daripada itu, kami juga diajar tentang penggunaan "ubatan" dan prosedur semasa proses kelahiran dan kesannya.
Kelas ini amat membuka mata kami suami isteri tentang proses kelahiran yang sebenar. Semalam (sehari sebelum entry ini ditulis) kami kat opis diwar2kan tentang syarikat yang tidak lagi cover kos checkup dengan O&G dan selepas bersalin kecuali jika terdapat sebarang komplikasi. Aku mendengarnya memang rasa agak sulit tapi entah kenapa aku tak begitu risau sebab aku rasa aku mungkin hanya perlukan min checkup dengan ob/gyn yang aku nak bersalin sahaja (selepas 7 bulan), 2-3 kali instead of sebulan sekali dan seminggu sekali bila dah full term. Sebab? sebabnya aku yakin dengan badan aku dan kondisi aku dan anak aku:)
2. VCO
Pengambilan VCO ni memang aku dah buat dari sebelum mengandung jadi bila dah 8 bulan ni aku tingkatkan lagi dosnya dan tambahnya kegunaannya.
minum: dari 3 sudu, aku ambik 5 sudu setiap pagi (wajib) dan 3 sudu malam (bila ingat, tapi biasanya ambiklah)
sapu: sapu perut/paha setiap malam. yang ni awal2 mengandung aku celang celup, tapi sekarang aku jadikan wajib sebab aku rasa perut aku dah tegang sangat.uhu.
urut: aku ada buat urutan lebut sekitar kulit antara vagina dan dubur selain sekitar vagina menggunakan vco. dengan harapan ia akan memudahkan proses dilation dan elakkan koyakan insyaallah..
scar massage: csection scar massge ini memang penting untuk dilakukan. bukan sahaja semasa mengandung selepas pembedahan atau dalam proses vbac tetapi memang wajar dilakukan selepas prosedur csection dilakukan terhadap para ibu. hal ini adalah untuk mengelakkan tisu2 pemulihan turut melekatkan tisu2 lain dalam badan termasuk organ seperti pundi kencing, rahim dan juga usus antara satu sama lain. boleh baca disini sebagai penerangan mudah. cara csection boleh dirujuk di Youtube k. aku mulakan scar massage ni dari sebelum pregnant lagi, masa tengah berTTC tapi tak begitu konsisten, seminggu adalah sekali dua. Biasanya buat masa tengah mandi, ada sabun2 tu buat jadi licin takdelah ngeri sgt nak gosok.uhu. bila dah pregnant, masa first trimester aku tak buat sebab takut tak berapa kuat lagi. bila dah 2nd trimester n skrg ni aku buat guna VCO banyak2. masa duk sape perut tu, buat sekali scar massage tapi taklah boleh perfect mcm dlm youtube tu sebab perut dah besar kan. just gosok2 & urut2 manja setiap malam. masa duk urut ni mmg si baby duk gerak sana sini dgn aktifnya..ehe..
3. senaman
gym ball: aku dah beli gym ball. beli kat groupon aje murah dalam 30++ berbanding beli kat kedai fitness. Yang ini Kak yat kata biasanya gym ball untuk wanita yg average tinggi ala2 aku ni beli yg diameter 65cm. pastikan kedudukan lutut lebih rendah dari punggung bila kita duduk atas gym ball ni k.
jadi, tengok kat youtube tentang cara nak bergymball untuk pregnant woman. ob/gyn aku yg aku checkup masa sebelum 7 bulan ajar, gerakkan bahagian pelvic bukannya badan masa bergymball. faham ye. dengan golek2 atas gymball ni selain hilangkan stress, lenguh belakang juga boleh promote baby untuk berada dalam kedudukan yang betul (engage) -kata ob/gyn tersebut:)
squatting: aku buat bila aku rasa aku betul2 larat.uhu. tapi aku memang guna tandas cangkung lagi instead guna tandas duduk. jadi banyak jugaklah aku buat kalau kira sehari semalam aku pegi toilet.ehe. memang ramai kawan2 opis yg concern bila tengok aku masuk toilet cangkung tu. ngeri katanya. tapi aku masih selesa dan boleh lagi walaupun org kata perut aku ni dah macam tunggu masa aje.uhu. untuk makluman, buat squat ni (untuk diri aku) kena buat dari awal mengandung sebelum perut besar sebab kalau start buat masa perut dah besar takut tak biasa dan tak larat. aku start masa 4 bulan, mula2 buat separuh dulu. bila dah hilang gigil lutut tu baru buat squat betul2. yelah, org dah lama tak exercise tetiba nak turun naik gitu memang penat weeii.
Jalan: aku amalkan jalan kaki at least 1 kilometer sehari. aku ingat itu dah cukup, rupanya bila kak yat citer hasil dari ceramah ibrah surah maryam yg dia jadi ahli panel, ustaz (panel lain) ckp maryam (ibu nabi yusuf) berjalan kira2 7 km dari baitulmaqdis untuk melahirkan nabi yusuf..perghhh..moral of the story? pegi jalan2..yeay~
Kegel: aku buat at least 20x sehari. actually sebenarnya kena buat 100x sehari untuk melatih kelenturan pelvic. kena tingkatkan lagi ni k.
4. Doa & Solat:
yang ni kita semua jangan sama sekali lupa. kita ada impian dan cita2. kita usahalah apa sekalipun tapi Allah juga tempat pergantungan kita. Allah yang memberi rezeki dan memakbulkan doa. Dalam kelas amani, bukan shj diajar tentang kelahiran tapi tentang keyakinan kepada Allah untuk proses kelahiran itu. Percaya yang Allah telah mencipta badan kita, hormon kita, tulang kita, anak kita sesuai dengan tanggungjawab kita untuk melahirkan.
Teruskan solat sunat dan doa k. posisi sujud tu juga merupakan posisi yang terbaik untuk promote bb berada dalam posisi anterior- paling ideal untuk proses kelahiran. Orang putih penat2 cipta polar bear position untuk ibu mengandung dengan baby yang songsang etc tapi kita dah ada sujud untuk diamalkan:) subhanallah
5. Teruskan tambah ilmu pengetahuan
betul. semakin banyak kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu. aku teruskan buat pembacaan dan bertanya. Juga sentiasa follow info2 terkini rakan dlm support group yang dari hari kehari semakin ramai yang vbac dan vbamc. Untuk buku, aku suggest baca buku ina may. buku ni aku pinjam dari kawan aku nama lela. tq lela, i lap u:)
6. Pemakanan
Bab makan korang serah aje kat aku. aku memang suka bab ni.ehe. macam yg kita tahu, bila mengandung ni kena makan makanan yang berkhasiat kan. jadi teruskan aje. ambik protein, ion dll secukupnya. aku lebih suka ambik yg natural ye.
satu2nya supplement yang diproses yang aku ambik ialah Qaseh Dinda. aku ambik beberapa sudu setiap pagi kat opis. kat rumah aku ambik vco + minum air + kurma/kacang/kranberi (mana yg available), sampai opis ambik qaseh lps tu makan kurma/buah dan baru melantak sarapan..hahahaha
7. Pilih hospital
aku skrg dlm proses tukar hospital. aku dan hasben ada jumpa seorang ob/gyn yg aku tak nafikan mmg baik tapi bila aku tanya tentang vbac terus dia pangkah aku " saya tak boleh bincang tentang vbac lagi. tunggu 36 minggu baru discuss samada puan boleh vbac ke tak.." ding dong....aku terus pun pangkah dia sebagai birth team aku. sebab? aku rasa dia tak yakin pada aku dan aku pun tak yakin pada dia selain dia ada alasan (bagi pendapat aku).
insyaallah aku dah buat appointment dengan ob/gyn yg lain. hospital jauh dr rumah aku. tapi insyaallah akan dipermudahkan..amiin..
8. Kekal positif
Kekal positif dan yakin ye! ye, bukan semua yg memiliki keazaman seperti kita. bukan salah mereka, mereka mungkin tidak pernah melaluinya jadi mereka tidak memahaminya. Ada yg rasa membazir aku join amani birth class tapi mereka tak tahu berapa pula kos yang hasben aku bayar kalau aku kena czer lagi etc. itu belum lagi kesan sampingan yang mungkin aku dan baby akan lalui jika proses kelahiran itu diprovokasi dan dirosakkan seperti dulu..
aku sentiasa yakin, Allah berikan aku dan hasben keazaman ini kerana ingin yg terbaik utk aku dan anak kami selain ingin kembali kepada fitrah yang Allah telah aturkan. semoga dijauhkan segala komplikasi dan kesusahan sepanjang proses mengandung dan kelahiran ini insyaallah.
Allah tempat kami bergantung:)
Diingatkan: semua praktis/info yg ditulis disini bukanlah merupakan nasihat perubatan, menidakkan keperluan nasihat/tindakan perubatan dan bukan untuk digunakapakai untuk semua orang. Ia hanya post peribadi yg ingin dikongsi semata2.

No comments:
Post a Comment