Semua tahu kan kebanyakkan sosej di pasaran bukan sahaja tidak berkhasiat tetapi mengandungi bahan yang merbahaya seperti bahan pengawet sodium nitrit, artificial colouring, high msg, high fructose syrup dll. Malahan ada kajian yang mendakwa bahawa sosej yang mengandungi bahan2 merbahaya ini boleh mengakibatkan kanser terutama kepada kanak2 dengan pengambilan yang kerap dan berterusan.
dahsat betul dunia sekarang kan..makanan pun boleh jd pembunuh senyap..isk..isk..isk..
iman memang suka roti sosej. sukaaaa sangat.. jadi buatlah sendiri, lega hati nak bg dia makan sebab buat sendiri guna bahan2 yg kita tahu dan yakin sumbernya.
Resepi roti sosej:
Sosej:
Isi ayam/daging
lada hitam
daun sup sikit
lobak (kalau nak)
tepung sikit
telur (kalau nak)
himalayan pink salt
Kisar isi ayam/ daging sehingga hancur. Kemudian masukkan bahan2 sosej secukup rasa. Kacau agar digaul mesra.
kemudian masukkan isi tersebut dlm plastik, buat macam piping bag (kalau ada boleh guna tapi ingat lps tu takleh nak guna lain dah). Picit masuk dalam plastik aiskrim Malaysia. Lps tu ikat. Buat banyak kemudian simpan dalam peti ais bahagian beku.
Jadi boleh makan bila2 terutama bila tak sempat nak hungga lama2 dekat dapur siapkan makanan.
Bila nak makan. Keluarkan dari peti ais, buang plastik. dan kukus mcm dibawah:
yg leper besar tu buat untuk roti sosej.hahahaha..actually, bentuk dan rupa tu ikut kesukaan korang nak buat mcm mana pun. ate, nama pun homemade kan.hehehehe
Yang nak goreng tu bolehlah goreng lepas kukus sebab rasanya lagi sedap kut. nak goreng terus pun boleh, ikut kesukaan.
Kalau sambung buat roti sosej.
Potong sosej panjang2 kemudian gulung dalam roti (kalau dapat roti sourdough lagiii bagus).
Lepas tu salut telur
salut breadcrumbs.
Boleh buat banyak2 kemudian simpan jadi frozen. Goreng buat sarapan pagi iman. yeay!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Keguguran
Apakah keguguran. bahasa mudahnya keguguran ialah kematian embrio atau fetus sebelum dia dapat survive sendiri. biasanya disebut keguguran ...
-
Assalamualaikum, 22hb-26hb Oct 2014 aku cuti. sebabnya 22-24hb adalah forced leave syarikat aku. jadi aku mengambil kesempatan cuti lama t...
-
assalamualaikum, Hari ini aku nak share tentang website bank negara . macam bosan je kan??? ehe. aku sekali sekala bukaklah jugak.ehem. ...
-
Assalamualaikum kalau korang baca post aku yg sebelum ni (kalaulah) , korang akan tahu yg aku berTTC. actually aku berTTC ni dah hampir 2 ...








No comments:
Post a Comment